Ahmad Zahid Rasmikan Persidangan Cawangan, Yakin Lebih Ramai Bakal Sertai UMNO

BAGAN DATUK, 12 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Mesyuarat Cawangan-cawangan Empat Peringkat UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini dan yakin bahawa lebih ramai masyarakat akan menyertai parti keramat itu. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur kerana meskipun terdapat segelintir ahli meninggalkan parti ketika pergolakan politik berlaku, tiada satu pun cawangan […]

» Baca lanjut

Kekuatan UMNO Dapat Dibina Semula Dengan Dukungan Akar Umbi – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 12 Mei – Kekuatan UMNO akan dapat dibina semula dengan dukungan akar umbi dan di peringkat pertengahan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sempena dengan ulang tahun UMNO ke-78, parti itu akan terus berazam dan bertekad untuk maju dalam bidang politik. “Alhamdulilah sempena dengan 78 tahun ulang tahun […]

» Baca lanjut

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-78: “Tajdid” Memperbaharui Tekad Perjuangan UMNO

1. Pada hari ini 11 Mei, 78 tahun yang lalu dirasmikan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation) dengan tujuan menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu yang dibatasi oleh sempadan negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh Raja Melayu masing-masing. Kesatuan Melayu ini penting bagi membawa negeri-negeri Melayu ini keluar daripada pengaruh Inggeris yang telah bertapak sejak […]

» Baca lanjut

UMNO Wadah Penting Perjuangan Malaysia, Doa Parti Kembali Kuat Demi Rakyat – Awang Aslee

BEAUFORT, 11 Mei – UMNO telah melalui pelbagai zaman dan kepimpinan dengan mendepani segala rintangan dan ujian di persada politik negara ini selama 78 tahun lamanya. Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa parti ini adalah wadah yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia sejak daripada awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Katanya, jasa dan […]

» Baca lanjut

UMNO Wadah Penting Sejarah Malaysia, Perjuangannya Bawa Kehidupan Lebih Baik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO telah melalui pelbagai zaman dan kepimpinan, mendepani segala rintangan dan ujian di persada politik negara ini selama 78 tahun lamanya. Justeru katanya, wadah inilah yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia sejak daripada awal penubuhannya sehingga ke hari ini. “Jasa dan perjuangan para pemimpin dan […]

» Baca lanjut

Program KKDW Bantu Pembangunan, Penduduk Luar Bandar – Ahmad Zahid

KINABATANGAN, 10 Mei – Lebih 2,000 penduduk luar bandar mengambil peluang mengunjungi Program Sentuhan Kasih Desa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Keusahawan Desa Madani selama dua hari di Dataran Tamu Sukau di sini semalam. Program berkenaan yang bermula hari ini adalah satu usaha pemerkasaan usahawan luar bandar di bawah KKDW untuk memartabatkan produk serta perkhidmatan usahawan berkenaan. Timbalan […]

» Baca lanjut

UMNO 78 Tahun: Perkukuh Kesepakatan, Tolak Sentimen Negatif Burukkan Parti – Jamal Nerubi

PAPAR, 6 Mei – Ketulusan perjuangan UMNO bukanlah sekadar sebuah parti politik semata-mata kerana asas dan tujuannya ditubuhkan berteraskan nasionalisme bangsa yang mempelopori kemerdekaan dan kemudiannya membawa kemajuan serta kedaulatan negara. Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi yang mahukan ahli-ahli parti terus memperkukuh kesepakatan bagi meneruskan wadah perjuangan parti dan menolak pelbagai sentimen negatif. Katanya, biarpun usia […]

» Baca lanjut

UMNO Beaufort Perkukuh Silaturrahim, Hargai Warga Pendidik Penyumbang Kejayaan Anak Bangsa

KUALA PENYU, 4 Mei – Keberadaan dan dukungan UMNO melangkau pelbagai lapisan masyarakat malah turut bersama-sama golongan penggerak dalam memastikan pendidikan dilaksana berterusan. Bagi UMNO Bahagian Beaufort yang diketuai oleh Datuk Awang Aslee Lakat, kehadirannya dalam Majlis Silaturahim Aidilfitri Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Kuala Penyu yang berlangsung pada Khamis adalah satu ikatan yang amat bermakna. Katanya, warga pendidik adalah […]

» Baca lanjut

Suhaimi Turun Padang Lawat Mangsa Kebakaran, Cakna Kesulitan Mangsa Berdepan Tragedi

LIBARAN, 30 April – ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, demikian diibaratkan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28 di sini. Lantaran itu, atas amanah dan tanggungjawab yang tergalas, Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir telah turun bagi menziarahi mangsa yang ditimpa musibah itu, hari ini. Difahamkan, tragedi kebakaran yang berlaku semalam […]

» Baca lanjut

UMNO Sokong Inisiatif Kekalkan Kerajaan Perpaduan Selepas PRU-16

PUTRAJAYA, 27 April – UMNO terbuka dan komited dalam menyokong inisitiatif untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan selepas pilihan raya umum ke-16 (PRU-16) demi kestabilan politik. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata parti pimpinannya bersedia menyokong sebarang saranan demi mewujudkan sebuah negara yang stabil khususnya dalam aspek politik dan ekonomi. Sehubungan itu beliau berharap semua […]

» Baca lanjut
1 152 153 154 155 156 417