Suhaimi Turun Padang Lawat Mangsa Kebakaran, Cakna Kesulitan Mangsa Berdepan Tragedi

LIBARAN, 30 April – ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, demikian diibaratkan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28 di sini.

Lantaran itu, atas amanah dan tanggungjawab yang tergalas, Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir telah turun bagi menziarahi mangsa yang ditimpa musibah itu, hari ini.

Difahamkan, tragedi kebakaran yang berlaku semalam telah mengorbankan seorang warga emas.

Suhaimi yang cakna dengan keadaan keluarga yang kehilangan itu telah menzahirkan rasa simpati dan berjanji untuk memastikan keluarga yang terkesan mendapat bantuan sewajarnya.

“Takziah kepada ahli keluarga atas musibah ini. Saya turut bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga ini dan berharap semua bersabar di atas tragedi yang berlaku.

“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk membantu mereka bagi memastikan keluarga terkesan mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran.

Terdahulu beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah turut meninjau kediaman mangsa yang telah musnah dijilat api. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.