Penghargaan Kepada Pucuk Pimpinan UMNO, Iktiraf Wanita Dukung Aspirasi Parti – Noraini

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad merakamkan penghargaan kepada pucuk kepimpinan yang mengiktiraf Wanita dalam membawa peranan tersendiri bagi mendukung aspirasi parti. Katanya, ini termasuk dalam memberi peluang kepada Wanita sebagai tulang belakang parti menerajui kepimpinan politik negara. “Terima kasih diucapkan kepada pucuk pimpinan di atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO Peluang Terbaik Akar Umbi Bantu, Pulihkan Parti – Lilah Yasin

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong Datuk Lilah Yasin berkata jasa UMNO sangat besar dan perjalanannya pun sudah jauh serta sekarang ini memerlukan sokongan semua ahli parti. Menurutnya, setiap ahli berkewajipan membantu dan memulihkan UMNO agar dapat terus menaburkan jasanya pada rakyat dan negara. “Kalau dahulu UMNO menabur jasanya kepada rakyat dan negara, tetapi […]

» Baca lanjut

Teguh Martabat Wanita Adalah Tiga Tekad Utama Norliza Untuk UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Hasrat nurani untuk Wanita UMNO Malaysia bagi sesi 2023 hingga 2026 merangkumkan dalam tiga tekad berslogan ‘Teguh Martabat Wanita’ yang menjadi tawaran Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim.  Menerusi satu hantaran di Facebook, Norliza berkata martabat wanita perlu diangkat seandainya diberi sokongan, dukungan dan kepercayaan dalam bentuk undi oleh para perwakilan Wanita UMNO seluruh […]

» Baca lanjut

Tok Mat Kekal Jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau Tanpa Bertanding

SEREMBAN, 1 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Mustafa Salim, berkata Mohamad mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2003 selepas menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin. “Selain itu, Ketua […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO Simbolik Silaturahim Terjalin Dalam Kalangan Ahli Parti – JPU

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 ini merupakan simbolik kepada silaturahim yang terjalin dalam kalangan ahli parti. Katanya, pertandingan ini memberikan signifikan tersendiri apabila ramai dalam kalangan pemimpin muda yang menawarkan diri bagi memberikan perkhidmatan mereka kepada parti. “Pemilihan ini boleh mengeratkan silaturahim, kemesraan dalam kalangan […]

» Baca lanjut

Bingkas Bangkit, Pemilihan UMNO Peluang Pilih Kepimpinan Bangunkan Parti – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beranggapan pemilihan pada kali ini merupakan peluang untuk memilih barisan kepimpinan yang boleh membangunkan semula parti. Ujarnya, meskipun UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak bernasib baik semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, parti itu mesti bingkas bangun untuk berhadapan dengan enam Pilihan Raya […]

» Baca lanjut

Hanya Ada Satu Kem Dalam UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Tidak wujud sebarang kem dalam UMNO pada pemilihan parti kali ini, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hanya ada satu kem dalam parti berkenaan, iaitu kem UMNO Malaysia. “Tidak ada kem. Satu kem saja, kem UMNO Malaysia,” katanya kepada pemberita […]

» Baca lanjut

UMNO Konsisten Prihatin Nasib Rakyat… Demi Agama, Bangsa Dan Tanah Air – SUA

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perjuangan parti sentiasa konsisten dalam membela nasib rakyat di negara ini. Katanya ini termasuk memperbaiki taraf hidup kelompok yang kurang bernasib baik bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara. “UMNO itu antara lain untuk memperbaiki nasib orang. Demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi […]

» Baca lanjut

Mahdzir Khalid Menang Tanpa Bertanding Jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

ALOR SETAR, 28 Feb – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap setelah tiada pencabar merebut jawatan itu dalam Pemilihan UMNO 2023-2026 yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ariffin Man berkata oleh itu, terdapat 36 individu yang akan bertanding untuk jawatan Ketua UMNO […]

» Baca lanjut

UMNO Perlu Rejuvenasi Ke Satu Tahap Lebih Baik – Johari Yazid

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Johari Yazid yakin pemilihan UMNO penggal 2023 hingga 2026 ini UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin muda bagi menjawat pelbagai jawatan. Katanya, ia berupaya membawa inspirasi, kekuatan serta rejuvenasi UMNO ke tahap yang lebih tinggi serta dihormati oleh semua lapisan rakyat. “Ramai pemimpin-pemimpin muda yang di bawah 45 tahun telah menawarkan diri khususnya bagi jawatan Ahli […]

» Baca lanjut
1 26 27 28 29 30 61