UMNO Konsisten Prihatin Nasib Rakyat… Demi Agama, Bangsa Dan Tanah Air – SUA

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perjuangan parti sentiasa konsisten dalam membela nasib rakyat di negara ini.

Katanya ini termasuk memperbaiki taraf hidup kelompok yang kurang bernasib baik bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara.

“UMNO itu antara lain untuk memperbaiki nasib orang. Demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi satu ciapan ringkas di Twitter.

Ahmad yang juga Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian berkata untuk itu, beliau sentiasa berpegang kepada hala tuju prinsip tersebut dan tekad bersama parti bagi merealisasikan tujuan tersebut dengan menawarkan diri bertanding pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026.

Beliau pada masa sama berharap segala perancangan untuk terus mendukung perjuangan parti dipermudahkan.

“Media tanya saya tentang Pemilihan UMNO. Saya tanding ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Sekarang ini saya juga ahli MKT dan Setiausaha Agung. Saya juga tawarkan diri untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian. Moga perjuangan ini diberkati,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.