Puteri Bawa Peranan Tersendiri, Perkasa UMNO Demi Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pergerakan Puteri UMNO berupaya dalam membawa peranan tersendiri bagi memperkasa parti keramat ini secara berterusan demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Reena Awliyatul Imani Reezal Merican yang merupakan calon Exco Puteri UMNO Malaysia berkata perkara itu mampu direalisasikan melalui kepimpinan baharu yang akan ditentukan pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026. “Kita hendak bawa muka baharu dengan […]

» Baca lanjut

UMNO Sedia Terbitkan Surat Kelulusan RoS – Ahmad Zahid

ALOR SETAR, 5 Mac – UMNO akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan tahun ini. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan meminta Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan berbuat demikian untuk makluman kepada semua ahli. Menteri Kemajuan […]

» Baca lanjut

Presiden UMNO Pesan Kukuhkan Parti, Pertahankan Kerajaan

GEORGE TOWN, 5 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap barisan kepimpinan di peringkat sayap dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bakal dipilih kelak memberikan keutamaan agar parti diperkukuhkan. Kata Timbalan Perdana Menteri itu, semua calon dan ahli mesti mengharapkan agar kerajaan yang ada pada hari ini yang turut didukung oleh UMNO mesti dipertahankan. “Kita tidak […]

» Baca lanjut

Kuatkan Parti Semasa Dan Selepas Pemilihan, Elakkan Perkelahian – Mohd Shafie

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah mengajak para calon untuk menguatkan parti sepanjang dan selepas musim pemilihan serta mengelakkan perkelahian. Jelasnya, para calon yang menawarkan diri untuk jawatan-jawatan tertentu mestilah mempunyai iltizam untuk memperkukuhkan parti selain daripada mementingkan kemenangan mahupun kekalahan. “Dalam pemilihan ini sekiranya kita ‘look forward’, kita mesti […]

» Baca lanjut

Penampilan Wajah Baharu Bukti Demokrasi UMNO Subur, Ramai Pemimpin Berpotensi

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Wajah baharu yang tampil sepanjang Pemilihan UMNO 2023 ini memberikan petanda bahawa demokrasi dalam parti masih subur dan kaya dengan pemimpin berpotensi. Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, parti perlu mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya dalam usaha memperkasakan semula UMNO. “Wajah-wajah baharu yang bertanding dalam Pemilihan UMNO kali ini juga adalah […]

» Baca lanjut

Demokrasi UMNO Subur, Ramai Tawar Diri Demi Kukuhkan Parti – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pemilihan UMNO 2023 adalah bukti amalan pendemokrasian dalam UMNO dirai dan semua individu layak menawarkan diri untuk memberi sumbangan kepada parti. “Pencalonan yang ramai ini bukanlah tanda perpecahan dalam UMNO namun bukti kesiapsiagaan ahli parti dan masih ramai yang bersedia menggalas amanah walaupun berdepan fasa yang mencabar,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk […]

» Baca lanjut

Tidak Ada Kumpulan Dalam UMNO, Terus Terjemahkan Hala Tuju Dan Bangkit 2.0 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siapa pun yang bertanding sebagai calon tidak ada kumpulan tertentu sebaliknya ia adalah dalam satu pasukan demi kelangsungan parti. Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pemilihan ini juga memperlihatkan demokrasi di dalam UMNO tetap diraikan walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. “Kita mahu satu […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO: Lapan Calon Sah Rebut Jawatan Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti itu. Dua daripada calon itu ialah penyandang jawatan berkenaan iaitu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid. Tiga lagi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) […]

» Baca lanjut
1 24 25 26 27 28 61