PRK Pelangai: PN Guna Isu 3R Kerana Slogan ‘Bersih dan Stabil’ Sudah Tidak Laku – Lokman Adam

BENTONG, 4 Okt – Perikatan Nasional (PN) menggunakan isu 3R (raja, agama, bangsa) sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai kerana slogan ‘Bersih dan Stabil’ mereka sudah tidak laku. Ketua Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, rakyat sedikit sebanyak sudah mengetahui sikap sebenar mereka yang merasuah pengundi pada Pilihan Raya […]

» Read more

Sabtu Ini Nak Pilih Wakil Rakyat, Bukan Mahu Tubuh Kerajaan Baharu – Sharkar

BENTONG 4 Okt – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai diadakan ekoran berlakunya kekosongan setelah kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Johari Harun. Justeru hari mengundi Sabtu ini adalah untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan tersebut dan ia tidak menjejaskan kerajaan negeri mahu pun kerajaan di peringkat pusat, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk […]

» Read more

Rombakan Kabinet Mungkin Berlaku Dalam Masa Terdekat – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 1 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat. Beliau berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub. “Mesti ada (rombakan). Saya fikir dalam […]

» Read more

Johor Peruntuk RM78 Juta Persediaan Hadapi Banjir

JOHOR BAHRU, 30 Sept – Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM78 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata gerak kerja dilakukan secara berfasa oleh 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sejak tahun lepas. Beliau berkata kerja-kerja itu […]

» Read more

BN Sedia Tanding PRK Kemaman Jika Diadakan – Ahmad Zahid

BENTONG, 30 Sept – Barisan Nasional (BN) sedia bertanding sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diadakan, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun keputusan PRU15, menyaksikan parti itu tewas dengan majoriti besar, kemungkinan BN mencipta kejutan […]

» Read more

Wan Rosdy Nafi Akan Anggotai Jemaah Menteri Persekutuan

BENTONG, 29 Sept – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan desas-desus beliau akan dilantik menganggotai Jemaah Menteri Persekutuan dalam rombakan kabinet. Naib Presiden UMNO itu berkata ia hanya khabar angin dan beliau kini fokus untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini. “Mana ada, khabar […]

» Read more

PRK Pelangai: Jentera BN Jangan Leka, Bersedia Hadapi ‘Serangan’ – Amizar

BENTONG, 28 Sept – Berbaki lapan hari lagi sebelum tempoh kempen berakhir pada 11.59 malam, 6 Okt ini, jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dingatkan agar tidak leka dan terlalu selesa. Calon parti itu, Datuk Amizar Abu Adam berkata jentera parti perlu bersedia menghadapi sebarang ‘serangan’ yang mungkin dilakukan pihak lawan. “Kita […]

» Read more

PRK: Kempen Bersemuka Dan Media Sosial Terus Digiatkan – Shabery Cheek

BENTONG, 28 Sept – Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain kempen bersemuka tidak terkecuali Barisan Nasional (BN) juga berkempen dalam media sosial bagi menjelaskan segala permasalahan yang dibangkitkan. “Kempen-kempen melalui media sosial terus ditingkatkan untuk mendapatkan info serta menjawab segala isu yang dibangkitkan dan mengetengahkan isu-isu yang perlu diketengahkan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di dataran […]

» Read more

PRK: Menang Pelangai Untuk Bina Keyakinan Ke PRU16 – Mohamad

BENTONG, 28 Sept – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai merupakan medan pertempuran kecil yang perlu dimenangi Barisan Nasional (BN) bagi membina keyakinan menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan di Pelangai akan membantu membangkitkan semangat ahli, sekali gus memperkukuh parti selepas tewas teruk pada PRU lepas. “Jadikan PRK […]

» Read more

Tiada Keperluan Rombak Exco – Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI, 27 Sept – Tiada keperluan untuk Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Pusat pada ketika ini. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ini kerana kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) ditubuhkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Alhamdulillah, Johor mempunyai hubungan kerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan, saya secara […]

» Read more
1 46 47 48 49 50 311