Pastikan Pelangai Terus Jadi Kubu Kuat BN – Mohamad

BENTONG, 20 Sept – Jentera Barisan Nasional (BN) perlu menyantuni setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, bagi memastikan kawasan itu terus menjadi kubu kuat parti itu di Pahang. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semua ahli juga perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih kepimpinan BN, dan tidak mengamalkan ‘cah keting’ kerana mereka membawa bendera parti dan bukannya […]

» Baca lanjut

PM Anwar Ketuai Delegasi Malaysia Ke Unga Ke-78

NEW YORK, 19 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, bermula hari ini hingga 26 Sept ini di sini. Pada penampilan pertama beliau di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu, Anwar akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030. “Perdana […]

» Baca lanjut

Felda Dikuatkan Hanya Melalui UMNO, Bukan Parti Lain – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembangkang tidak mempunyai rekod dalam mempertahankan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Katanya, malahan mereka seringkali menggunakan elemen lain seperti agama demi kepentingan parti dan peribadi. Jelas beliau, hudud dan isu royalti yang sering dibawa mereka hanya bersifat momokan kerana ketika menjadi kerajaan ianya tidak […]

» Baca lanjut

Tujuh Pertimbangan Ditetapkan Berkait RUU Pendanaan Politik – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Jemaah Menteri menetapkan tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik antaranya mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr Azalina Othman Said berkata, perkara kedua adalah peranan pengawalseliaan dilaksanakan oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti bebas dan berkecuali. “Pertimbangan […]

» Baca lanjut

Kes Najib: UMNO Pekan Buat Laporan Polis, Memo Tular Bukti Wujud Salah Guna Kuasa

PEKAN, 18 Sept – UMNO Bahagian Pekan telah membuat laporan polis berdasarkan memo tular mengenai kes dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipercayai wujud salah guna kuasa. Ketuanya, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, memo dalaman Jabatan Peguam Negara yang tular itu mendakwa bahawa tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri adalah tidak berasas dan sepatutnya dibatalkan. “Saya […]

» Baca lanjut

Melaka Giat Promosi TMM 2024, Usaha Tarik Pelancong Asing

MELAKA, 17 Sept – Kerajaan Melaka sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) di luar negara khususnya negara jiran, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Beliau berkata promosi akan dilaksanakan di Indonesia, Brunei dan Kemboja pada minggu hadapan dengan kerjasama ejen pelancongan di negara terbabit. “Promosi pelancongan itu dibahagikan kepada tiga […]

» Baca lanjut

Kerajaan Pahang Beri Jaminan Laksana Pelbagai Projek Dimohon Johari – MB

BENTONG, 16 Sept – Kerajaan negeri Pahang memberi jaminan akan melaksanakan pelbagai projek yang telah dimohon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, bagi kawasan itu. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau telah berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi […]

» Baca lanjut

Melaka Perkenal Tiga Produk Baharu Pertingkat Sistem Pengangkutan Awam

MELAKA, 15 Sept – Kerajaan Negeri Melaka hari ini memperkenal tiga produk baharu dalam usaha memastikan sistem pengangkutan awam di negeri itu sentiasa efisien dan efektif. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata produk berkenaan ialah ‘Bus On Demand’ dikenali sebagai Kumpool Kasturi, aplikasi ETA GPS Journey Planner dan bayaran tanpa tunai bagi menaiki bas henti-henti yang disediakan oleh […]

» Baca lanjut

Isu DNAA: Semua pihak Dinasihat Bertanggungjawab, Tidak Keluarkan Kenyataan Kelirukan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan semua pihak agar bertanggungjawab serta tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat berikutan isu Discharge Not Amounting To Acquittal (DNAA) yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan ia tiada dalam Islam. Ini kerana katanya kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah tidak tepat […]

» Baca lanjut

Penjaja, Peniaga Di Melaka Diwajibkan Carum Perkeso Berkuat Kuasa Disember 2023

MELAKA, 14 Sept – Semua penjaja dan peniaga di Melaka akan diwajibkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial, berkuat kuasa Disember tahun ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata caruman berkenaan perlu dilakukan golongan berkenaan sekiranya ingin memohon lesen perniagaan baharu atau memperbaharui lesen menerusi empat pihat berkuasa tempatan iaitu Majlis […]

» Baca lanjut
1 45 46 47 48 49 308