Kerajaan Perpaduan Tidak Abai Kebajikan Masyarakat India – Jalaluddin

JELEBU, 4 Nov – Masyarakat India di Negeri Sembilan akan terus mendapat pembelaan dari pihak Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memberitahu hal sedemikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Deepavali 2023 Peringkat Parlimen Jelebu di Simpang Pertang, semalam.

“Saya akan pastikan tidak ada mana-mana masyarakat yang tertinggal dalam pembelaan kepada kebajikan dan kesejahteraan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat kaum India untuk terus mengekalkan semangat perpaduan antara kaum yang telah terbina sejak sekian lama, dengan membentuk amalan saling hormat menghormati antara kaum.

“Kita harap Deepavali ini dapat memberi keharmonian kepada keluarga dan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu turut menyampaikan bantuan kepada 210 penerima asnaf dan kanak-kanak.

Pada majlis tersebut juga diedarkan surat khabar ‘Nogori Kito’ edisi Oktober untuk bacaan masyarakat setempat.

Turut hadir Mohd Razi Mohd Ali, ADUN Sungai Lui dan Subramaniam Timbalan Ketua MIC Negeri Sembilan.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.