Solidariti Bersama Palestin… Wanita UMNO Kecam Keganasan Rejim Zionis

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Wanita UMNO mengecam kekejaman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam hantaran menerusi laman Facebooknya menyatakan bahawa isu berkaitan bumi Palestin bukan isu agama tetapi adalah kemanusiaan.

“Kami turut mengecam kekejaman regim Zionis terhadap saudara-saudara kita di Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak. Isu di bumi Palestin hari ini bukan isu agama, tetapi isu kemanusiaan. Solidariti kami bersama Palestin,” katanya yang memuat naik hantaran terbabit selepas mesyuarat Exco Wanita UMNO, di sini, semalam.

Dilaporkan, Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza memberitahu kelmarin bahawa lebih 4,600 orang terbunuh dalam serangan Rejim Zionis setakat ini, termasuk 1,873 kanak-kanak.

Dala hal yang lain, Noraini memaklumkan intipati mesyuarat Exco juga tertumpu kepada gerak kerja Jalinan Rakyat Wanita dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil di Parlimen Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember nanti.

“Selesai bermesyuarat, kami juga berkesempatan meraikan ulangtahun kelahiran beberapa orang rakan Exco. Barakallah Fii Umrik. Semoga Allah perkenankan segala apa yang mereka hajati dan dipermudahkan urusan setiap daripada mereka,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.