PRK Kuala Kubu Bharu: UMNO Dukung Calon Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

HULU SELANGOR, 21 April – UMNO menghormati kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh rakan komponen dan akan mendukung mana-mana calon atas nama Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berpandangan bahawa sekiranya ada apa-apa kenyataan dikeluarkan, itu adalah pendirian parti masing-masing. “Prinsip UMNO adalah menghormati kerusi yang telah dimenangi oleh rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan. Maka […]

» Read more

PRK Kuala Kubu Baharu : Parti Komponen BN Perlu Bantu Calon Kerajaan Perpaduan

Rembau, 20 April – Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu membantu siapa pun calon yang akan bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon […]

» Read more

Ahmad Zahid Harap Kedatangan Pelabur Asing Dapat Cipta Banyak Peluang Pekerjaan Baharu

BAGAN DATUK, 20 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap dengan kehadiran para pelabur asing di negara ini dapat mencipta banyak peluang pekerjaan baharu di negara ini. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pihak MARA telah menubuhkan Malaysia-Chinese Institute (MCI) kerana wujudnya tawaran daripada Institusi TVET dan Pendidikan Teknikal China. “Pihak MARA telah menubuhkan MCI […]

» Read more

PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Adalah Daripada Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 20 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu adalah daripada Kerajaan Perpaduan. Jelasnya, beliau beranggapan bahawa semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah tersendiri bagi memastikan kemenangan calon itu kelak. “Kami telah mengadakan mesyuarat sektretariat Kerajaan Perpaduan […]

» Read more

Titah Adendum: UMNO Tidak Pernah Berhenti Berusaha Bela Najib, Namun Rakyat Perlukan Penjelasan

KUALA LUMPUR, 19 April – Semestinya dengan kewujudan afidavit tambahan dalam Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 menjadi bukti bahawa UMNO tidak berhenti dalam usahanya membela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, perkara ini telah menggemparkan negara dan rata-rata rakyat masih menunggu penjelasan tuntas […]

» Read more

Ahmad Zahid Rakam Takziah Kepada Arthur Sekeluarga

KUALA LUMPUR, 18 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup serta keluarga atas pemergian Tan Sri Joseph Kurup, yang meninggal dunia semalam. Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada Arthur sekeluarga dalam menghadapi ujian […]

» Read more

Perak Cadang Lebuh Raya Baharu Tanjung Malim-Lumut – Saarani

PARIT BUNTAR, 16 April – Kementerian Kewangan telah mendaftarkan cadangan pembinaan sebuah jajaran lebuh raya baharu, yang akan menghubungkan antara Tanjung Malim ke Lumut, kata Menteri Besar Saarani Mohamad. Beliau berkata, pembinaan lebuh raya itu perlu, susulan projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim akan mula beroperasi, bagi memudahkan perkhidmatan logistik dieksport melalui Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC). […]

» Read more

Terima Kasih Kerajaan Perpaduan, Bantuan Realitikan Hasrat Rakyat Untuk Kehidupan Lebih Baik – Mohd Rafi

LABUAN, 16 April – Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menzahirkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayan (KKDW) yang telah merealitikan hasrat penduduk setempat. Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memaklumkan bahawa beliau telah mengunjungi tiga buah keluarga bagi menyampaikan berita gembira iaitu bantuan bagi […]

» Read more

Raikan Aidilfitri Dalam Masyarakat Majmuk, Maaf Zahir Dan Batin – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 9 April – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan berharap agar perayaan ini diraikan bersama-sama masyarakat seluruh negara. Katanya, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berjaya jika kaedah bersatu dalam kepelbagaian diaplikasi dan setiap perayaan diraikan bersama. “Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Adilfitri, maaf […]

» Read more

Ketua Pemuda UMNO Beri Keterangan Lebih Dua Jam Di IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 5 April – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh telah memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada pagi ini. Dr Muhamad Akmal berkata keterangan diberikan antaranya mengenai laporan polis berkait ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini, dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti atau perkara di Sabah. “Saya di […]

» Read more
1 36 37 38 39 40 311