Jangan Buat Spekulasi Isu Liwat Di Pusat Tahfiz – Mufti

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyeru semua pihak menunggu keputusan yang bakal dikeluarkan mahkamah berkaitan isu liwat melibatkan sembilan pelajar di pusat tahfiz dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk spekulasi yang bakal menimbulkan polemik lebih besar. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya mengikuti perkembangan kes tersebut sejak dari awal penularan berita […]

» Read more

PRK Port Dickson: BN Putus Calon Lepas Mesyuarat 2 Petang Ini

SEREMBAN, 24 Okt – Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan dibuat dalam mesyuarat Biro Politik UMNO pukul 2 petang ini. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat bersama pimpinan BN, esok. “Semua pandangan akan diambil kira… perlu atau tidak BN […]

» Read more

Kekuatan UMNO Datang Dari Kekuatan Sokongan Akar Umbi – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Dusuki menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak perlu merasa gundah gulana tentang kekuatan UMNO hari ini kerana kekuatan yang ada pada parti terbesar Melayu hari ini adalah datangnya daripada akar umbi di seluruh negara. Apa yang paling penting menurut Asyraf ialah soal pengukuhan parti agar ia terus mampu untuk menjadi […]

» Read more

UMNO Jangan Gundah Gulana – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR 23 Sept. – UMNO tidak perlu menagih belas ihsan daripada mana-mana pihak ketika ini. Itu merupakan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika diajukan soalan mengenai hala tuju parti tersebut termasuklah berkaitan kerjasama dengan Pas. Yang lebih penting, kata Asyraf Wajdi ialah UMNO perlu menentukan hala tujunya untuk mengukuhkan parti keramat orang Melayu itu. “Parti […]

» Read more

UMNO Kelantan Yakin Mustapa Tidak Pengaruhi Ahli Keluar Parti

KOTA BHARU, 22 Sept – Badan Perhubungan UMNO Kelantan melahirkan keyakinan bahawa Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak akan ‘memancing’ anggota lain untuk keluar meninggalkan parti itu. Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata walaupu​​​​​​n​ Mustapa belum menjelaskan keputusannya keluar parti Selasa lalu, beliau yakin bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri tersebut masih menyayangi UMNO. “Saya tak terfikir perkara ini akan berlaku […]

» Read more

Mahdzir Khalid Kecam Kaitkan Dirinya Antara Keluar UMNO

PADANG TERAP, 22 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas pihak tertentu, termasuk akhbar tempatan, yang mengaitkan dirinya sebagai antara individu yang akan meninggalkan parti. Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata, laporan akhbar itu tidak sepatutnya mengaitkan dirinya dengan tindakan keluar parti dan berpendapat laporan itu sebagai andaian semata-mata. Perbuatan mengaitkan beliau dan memuatkan gambarnya […]

» Read more

Najib Bayar Ikat Jamin RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.282 bilion, hari ini membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen semalam. Najib, 65, yang memakai baju kemeja merah jambu tiba […]

» Read more

Kerajaan Persekutuan Diminta Pertimbang Pembangunan Pahang Skills

KUANTAN, 20 Sept – Kerajaan persekutuan diminta agar dapat mempertimbangkan permohonan pembangunan prasarana Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) yang terletak di Semambu di sini. Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Zulkifli Yaacob berkata projek yang dirancang itu akan memberi kemudahan dan keselesaan bukan sahaja kepada pelajar dan pengajar, namun juga untuk penduduk berhampiran Pahang Skills. “Semua kelulusan bagi membina bangunan […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2018 Berteraskan UMNO Sebuah Perjuangan – Annuar

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal berlangsung 28 – 30 Sept ini akan berteraskan UMNO sebagai sebuah perjuangan. Katanya, tagline UMNO sebuah perjuangan ini untuk memperingatkan bahawa UMNO bukan parti politik biasa tetapi lahir sebelum kemerdekaan demi perjuangan membela bangsa dan memerdekakan tanahair. “Perhimpunan kali ini juga […]

» Read more

Shamsul Anuar Dan Tiga Ahli Parlimen BN Nafi Bakal Keluar Parti Seperti Dalam Senarai Yang Tersebar   

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama tiga ahli Parlimen UMNO daripada Parit, Tasek Gelugor dan Jelebu hari ini masing-masing menafikan berita yang tersebar menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ kononnya mereka adalah antara ahli parlimen yang bakal mengambil langkah keluar meninggalkan parti. Menurut Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong,  kesetiaan beliau tetap pada parti dan […]

» Read more
1 293 294 295 296 297 313