Perhimpunan Agung UMNO 2018 Berteraskan UMNO Sebuah Perjuangan – Annuar


KUALA LUMPUR, 20 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal berlangsung 28 – 30 Sept ini akan berteraskan UMNO sebagai sebuah perjuangan.

Katanya, tagline UMNO sebuah perjuangan ini untuk memperingatkan bahawa UMNO bukan parti politik biasa tetapi lahir sebelum kemerdekaan demi perjuangan membela bangsa dan memerdekakan tanahair.

“Perhimpunan kali ini juga akan menampilkan sedikit kelainan kerana kita memfokuskan perbincangan lebih kepada usaha-usaha untuk merekayasa dan juga untuk memperkemaskan parti di bawah kepimpinan baru yang dipimpin oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau akan menyampaikan ucapan dasar yang julung-julung kali.

“Kita berhasrat agar seluruh tumpuan bertumpu kepada ucapan dasar presiden untuk dikupas dan diperdebatkan oleh ahli-ahli parti kerana kita merasakan ucapan tersebut mempunyai implikasi yang cukup besar dalam menentukan hala tuju UMNO Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).”

Jelasnya, seramai 5,739 perwakilan dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Putra World Trade Centre (PWTC).

“Pada 28 September iaitu Jumaat malam akan berlangsung perasmian perhimpunan ketiga-tiga sayap parti oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Pada Sabtu 29 September, akan berlangsung perhimpunan sayap parti.

“Pada tahun ini Pehimpunan Agung Wanita UMNO akan diadakan di Dewan Merdeka, Pergerakan Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail manakala Pergerakan Puteri pula di Dewan Tun Hussein Onn.

“Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi akan berlangsung pada hari yang sama persidangan sayap pada pukul 8.00 malam. Keesokannyanya pula iaitu 30 September iaitu Ahad akan berlangsung sesi perbahasan usul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2018 di sini, hari ini.

Annuar turut memberitahu seramai 15 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara telah mengesahkan kehadiran yang terdiri daripada 11 wakil negara selain empat wakil Badan Perhubungan Negara.

“Manakala seramai 48 perwakilan Mahasiswa Nasional akan turut serta dalam Perhimpunan Agung UMNO 2018 kali ini,” katanya.

Katanya lagi sebanyak 52 buah agensi media melibatkan media cetak dan elektronik membabitkan 39 agensi tempatan dan 7 agensi antarabangsa dengan penglibatan seramai 562 petugas media telah berdaftar ke Perhimpunan Agung UMNO 2018.

Turut menambah, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan yang memaklumkan semua media massa akan ditempatkan di Laman Media di Bilik Mawar, Aras 2, PWTC dan bilik Sidang Media turut disediakan kawasan tersebut,” katanya. – MediaUMNO

ATURCARA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2018
28 – 30 SEPTEMBER 2018

PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA/PEMUDA/PUTERI 2018
28 SEPTEMBER 2018 (JUMAAT)

8.00 malam Ketibaan Perwakilan Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri
Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
8.30 malam Ketibaan Jemputan Khas
8.45 malam Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO
8.50 malam Nyanyian Lagu
– Bersatu Bersetia Berkhidmat
– Maju Wanita UMNO
– Ikrar Pemuda
– Puteri UMNO
– Barisan Nasional

9.15 malam Bacaan Doa
9.25 malam Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO oleh YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan,
Timbalan Presiden UMNO
10.30 malam Bersurai

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA/PEMUDA/PUTERI 2018
29 SEPTEMBER 2018 (SABTU)

Acara Menaikkan Bendera
7.40 pagi Ketibaan Perwakilan Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri
Plaza Merdeka Aras 4, PWTC
8.00 pagi Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Timbalan Presiden
8.10 pagi Ketibaan YB Dato’ Seri Presiden UMNO
8.20 pagi Upacara Menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri

Wanita – Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Pemuda – Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC
Puteri – Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC

8.00 pagi Perwakilan mengambil tempat di Dewan Persidangan
Ketibaan Ketua Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri
Nanyian Lagu Negaraku, UMNO & Sayap
Bacaan Doa
Bacaan Al-Quran
Laporan Penolong Setiausaha
Pembentangan Peringatan Persidangan 2017
Pembentangan Penyata Tahunan 2017/2018
Ucapan Dasar Ketua Wanita/Pemuda/Puteri
Memilih 10 orang wakil Pergerakan Sayap ke PAU 2018
Pembawa Usul Ucapan Dasar Ketua Wanita/Pemuda/Puteri
Perbahasan
Ucapan Penangguhan

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2018
29 September 2018 (Sabtu)

7.45 malam Semua Perwakilan mengambil tempat diDewan Merdeka, Aras 4, PWTC
8.20 malam Ketibaan YB Dato’ Seri Presiden UMNO diiringi oleh YB Dato’ Seri Utama Timbalan Presiden bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO
8.30 malam Bacaan Doa
Bacaan Al Quran
Laporan dari Setiausaha Agung UMNO
Pesanan Pengerusi Tetap
Nyanyian Lagu Negaraku, Bersatu-Bersetia-Berkhidmat & Barisan Nasional
Pembentangan Peringatan Perhimpunan Agung UMNO 2017
Pembentangan Penyata Tahunan Perhimpunan Agung UMNO 2017/2018
Pembentangan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2017
Ucapan Dasar Presiden UMNO
Persidangan hari pertama ditangguhkan

30 September 2018 (Ahad)
8.00 pagi Perwakilan mengambil tempat di Dewan Merdeka
8.30 pagi Pengerusi Tetap menyambung persidangan
Pembawa Usul Ucapan Dasar Presiden
Penyokong Usul Ucapan Dasar Presiden
Perbahasan
Ucapan Penangguhan
Sidang Media

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.