Tidak Akan Sia-sia Beri Undi Kepada BN – Zakaria

HULU LANGAT 1 Mac – Memberikan undi kepada pihak pembangkang bukanlah perkara sia-sia kerana demokrasi telah memberi ruang kepada pengundi untuk membuat pilihan masing-masing. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi berkata, memang diakui sebagai pihak pembangkang tiada sebarang perkara yang boleh dijanjikannya melainkan membawa suara rakyat supaya dapat didengari kerajaan. […]

» Read more

Pas Sokong Penuh Zakaria Hanafi, Undi BN Untuk PRK Semenyih… Tegas Tuan Ibrahim

SEMENYIH, 1 Mac – “Saya berdiri malam ini untuk menyatakan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian bahawa Pas dan seluruh ahli serta para pengundi menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.” Demikian penegasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memulakan ucapan pada Ceramah Perdana anjuran bersama UMNO dan […]

» Read more

Kerjasama PAS Dan UMNO Makin Hari Makin Rapat – Tuan Ibrahim

SEMENYIH, 1 Mac – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya kerjasama politik antara parti itu dan UMNO yang makin hari makin rapat merupakan perkara yang paling ditakuti oleh Pakatan Harapan (PH). “Apa yang menarik muafakat ini makin hari makin rapat dan inilah yang paling ditakuti PH. Mereka serang Pas sebab takut Pas mengadakan kerjasama dengan UMNO. Mereka […]

» Read more

PRK Semenyih: Zakaria Tumpu Bawa Masalah Rakyat

HULU LANGAT 28 Feb.- Berbanding calon Pakatan Harapan (PH) yang membawakan lima agenda bagi menambat hati pengundi di Semenyih, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi sebaliknya kekal dengan pendirian untuk hanya mengutamakan isu-isu rakyat. Jelas Zakaria, sebagai calon yang mewakili kerajaan, Muhammad Aiman memang sewajarnya membawakan kelima-lima agendanya itu malah berkemampuan untuk melaksanakannya. “Saya sebagai pembangkang tidak mahu berjanji apa-apa […]

» Read more

Masyarakat Di DUN Semenyih Bersedia Melakukan Perubahan 2 Mac Ini

SEMENYIH, 28 Feb – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi penuh yakin dan percaya perubahan bakal berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih 2 Mac ini. Menurut beliau berdasarkan pemerhatian dan tinjauan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) mendapati sokongan masyarakat cukup luar biasa untuk menunggu tarikh pembuangan undi dalam usaha untuk sama-sama melakukan perubahan. “Kita […]

» Read more

PRK Semenyih: Seiring Sejalan… Jentera BN Dan PAS Serasi Bantu Kempen Menangkan Zakaria

SEMENYIH, 27 Feb – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki dua hari sahaja lagi memasuki fasa pecutan terakhir dengan parti-parti yang bertanding bukan sahaja giat memasang poster dan juga bendera masing-masing malah melipatgandakan usaha merayu undi termasuklah di pasar-pasar malam, warung-warung kopi dan sebagainya. Tidak ketinggalan jentera Barisan Nasional (BN) walaupun memasuki gelanggang PRK kali […]

» Read more

PAS Sanggup Perkukuh Kerjasama Dengan UMNO Demi Penyatuan Ummah

SEMENYIH, 27 Feb – Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi berkata, PAS sanggup memperkukuh kerjasama dengan UMNO bagi memastikan perpaduan ummah dan perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Jelasnya, UMNO dan PAS juga harus terus mengukuhkan perpaduan bagi berdepan segala fitnah juga maki hamun Pakatan Harapan (PH) yang mahu menggagalkan kerjasama antara kedua-dua parti ini. “Yang penting kita harus berhadapan […]

» Read more

PRK Rantau: PAS Beri Sokongan Kepada BN

SEREMBAN, 27 Feb – PAS akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha berkata keputusan itu berdasarkan persefahaman yang dicapai kedua-dua parti sebelum ini untuk saling membantu. “Kemungkinan besar Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan) sendiri akan pertahankan kerusi itu. […]

» Read more

Pendedahan Rasuah Projek Terowong: Guan Eng, DAP Usah Berdiam

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui portal berita Malaysia Today telah membuat satu pendedahan yang teramat serius, jika benar, berhubung rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE), dan beberapa pemimpin kanan Dap, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Soal beliau, bagaimanakah RPK boleh mendedahkan […]

» Read more

Rakyat Mula Menyesal Undi PH… PRK Semenyih Bakal Lakar Politik Yang Lebih Jauh – Idris

SEMENYIH, 26 Feb – Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih walaupun hanya PRK namun ianya membawa makna yang cukup besar untuk melakar politik yang lebih jauh pada masa akan datang. “Dah banyak dah orang menyesal… setiap hari timbul isu-isu melibatkan soal agama, soal janji yang tidak ditepati, soal macam-macam menyebabkan mereka […]

» Read more
1 274 275 276 277 278 312