Tindakan Osman Letak Jawatan Bertanggungjawab, Harus Dihormati

JOHOR BAHRU 10 April – Perletakan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian adalah tindakan bertanggungjawab yang harus dihormati. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan terima kasih kepada Osman atas jasa dan sumbangsih terhadap rakyat Johor selama 11 bulan lalu. Johor katanya, memerlukan kepimpinan tertinggi yang bukan sekadar berwibawa tetapi mahir mentadbir dan mempunyai kejelasan visi bagi […]

» Read more

Serangan Peribadi Parti Lawan Tidak Gugat Tok Mat

REMBAU 9 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui tidak terganggu di sebalik serangan peribadi terhadapnya sepanjang tempoh berkempen ketika ini. Menurutnya, di dalam politik, usaha menjatuh dan memburukkan pihak lawan merupakan perkara biasa, namun ia tidak mendatangkan masalah kepadanya. “Orang tahu apa yang sebenarnya berlaku, mcm isu rumah, itu […]

» Read more

Polemik Ratifikasi Statut Rom: Siasat Segera Menteri Dakwa Wujud Kudeta

REMBAU, 9 April – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggesa pihak berkuasa menyiasat segera menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan kebarangkalian wujud rampasan kuasa di negara ini rentetan dari polemik ratifikasi Statut Rom. Ini kerana katanya, ia merupakan satu tuduhan yang sangat serius apatah lagi ditimbulkan oleh anggota pentadbiran kerajaan. “Saya merasakan tidak adil terutama sekali […]

» Read more

Cukup-cukuplah Salahkan BN – Hishammuddin

REMBAU 8 April – Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti menjadikan dasar dan tindakan Barisan Nasional (BN) dahulu sebagai modal kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ini. Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, para pemimpin parti kerajaan perlu mengubah minda mereka dan tidak boleh lagi bertindak sebagai pembangkang sedangkan mereka mempunyai […]

» Read more

Kita Tunggu Minyak Turun, Sekali Hibah Yang Turun… – Najib

KUALA LUMPUR, 6 April – “Kita tunggu harga minyak turun, sekali hibah (Tabung Haji) yang turun,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program ‘Townhall 2019: Politik Malaysia Baru’ bersama pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Najib berkata, harapan […]

» Read more

Sokongan Akar Umbi Positif, Puteri Terus Giatkan Usaha Dekati Pengundi – Zahida

REMBAU, 6 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang masuk hari ke lapan hari ini boleh dianggap satu momentum yang baik bagi calon Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat. Perkara ini dikongsi oleh Ketua Puuteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang turun bersama jenteranya serta jentera tempatan […]

» Read more

Statut Rom: Iktibar Jangan Terpesona Dengan Kuasa

KUALA LUMPUR 5 April – Keputusan kerajaan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sepatutnya menjadi iktibar supaya tidak lagi berasa takbur dan terpesona dengan kuasa yang dimiliki. Malah, kelemahan komunikasi daripada menteri Kabinet di samping kegagalan membina kebolehpercayaan rakyat berhubung ratifikasi itu tidak pernah berlaku. Sebaliknya, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah juga seakan cuba ‘mencetak […]

» Read more

Pemuda UMNO Mahu Pastikan Penduduk Rantau Tunaikan Hak Mengundi

REMBAU 5 April – Pemuda UMNO mahu memastikan penduduk di Rantau dapat menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April depan. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada maklum balas penduduk di Rantau, rata-rata mahukan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi wakil rakyat mereka. Namun begitu, […]

» Read more

‘Mood’ Rakyat Mahu Lakukan Perubahan Gara-Gara Ditipu Dan Dikhianati PH PRU Lalu- Tuan Ibrahim

  REMBAU, 5 April – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya ‘mood’ yang ada pada rakyat hari ini sama seperti mana ‘mood’ perubahan yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, cumanya kali ini perubahan adalah kerana mereka rasa ditipu, dikhianti dan sebagainya. Menurut beliau mutakhir ini suasana cukup berbeza di kalangan rakyat terutama di kalangan anak […]

» Read more

Tok Mat Nafi BN Pancing Undi Dengan RM50, Sifatkan Usaha Burukkan Parti

  REMBAU, 4 April – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mendedahkan terdapat usaha oleh pihak tertentu yang cuba memerangkap serta memburukkan nama dan parti terbabit berhubung usaha memancing undi pada hari mengundi nanti. Menurut beliau perkara berkenaan dimaklumkan oleh pengundi yang dikatakan menerima panggilan telefon mendakwa dari […]

» Read more
1 269 270 271 272 273 312