‘Mood’ Rakyat Mahu Lakukan Perubahan Gara-Gara Ditipu Dan Dikhianati PH PRU Lalu- Tuan Ibrahim

 

REMBAU, 5 April – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya ‘mood’ yang ada pada rakyat hari ini sama seperti mana ‘mood’ perubahan yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, cumanya kali ini perubahan adalah kerana mereka rasa ditipu, dikhianti dan sebagainya.

Menurut beliau mutakhir ini suasana cukup berbeza di kalangan rakyat terutama di kalangan anak muda yang dilihat melakukan perubahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini  erana kekecewaan mereka terutama segala janji yang tidak tertunai.

“Sebenarnya rakyat sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Banyak perkara dibuat dibelakang pengetahuan kita. Contoh Statute Rom tiba-tiba rakyat diberitahu kerajaan sudah tandatangan. Benda sebesar itu Parlimen pun tidak dibawa. Bayangkan banyak lagi perjanjian-perjanjian dibuat. Ini termasuklah ICERD… kalau ICERD dulu kita tidak berkumpul seramai itu saya yakin mereka akan tandatangan.


“Jika kerajaan yang baru naik lebih 10 bulan dengan kemelut berlaku serta pelbagai masalah antara satu dengan yang lain menggambarkan kerajaan yang sangat tidak stabil.

“Menteri dengan menteri bercanggah kenyataan… isu UEC sebagai contoh menteri pelajaran buat kenyataan lain. Peguam Negara buat kenyataan lain. Isu Lynas juga sebagai contoh bercanggah antara menteri dengan menteri. Bagi kita kalau mereka secara terbuka tidak boleh sepakat bagaimana yang lain sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah Umum di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Linsum, di sini Khamis malam.

Turut serta Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Tuan Ibrahim seterusnya menegaskan DUN Rantau Rantau sangat penting dan pengundi mesti mengantar isyarat jelas.

“Kalau Cameron Highlands boleh ambil, Semenyih kita boleh tawan balik insya-Allah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kita pertahankan Tok Mat.

“Tok Mat adalah Menteri Besar yang lama di Negeri Sembilan dan beliau mempunyai perancangan serta tahu apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Orang macam ini masuk DUN bukan sebagai wakil rakyat biasa… beliau menjadi check and balance perancangan yang dibuat… apa tindakan yang berlaku sekarang… apa yang kerajaan buat sekarang… ke mana perancangan yang baik sebelum ini? Orang macam ini sangat penting untuk berada dalam DUN insya-Allah,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.