Cadangan Pindaan Perlembagaan UMNO Fasal 9.9 Lucut Keahlian Tidak Benar – Khaled

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membuat penjelasan sekali lagi berkaitan cadangan pindaan Perlembagaan UMNO berikutan sebelum ini wujud khabar angin dan cakap-cakap di luar sana bahawa proses cadangan pindaan Perlembagaan UMNO adalah satu usaha tidak langsung untuk menyingkirkan individu tertentu di dalam UMNO, antaranya bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib […]

» Read more

Pahang Bina 353 Unit Kediaman Mampu Milik Di Maran

KUANTAN, 19 Jun – Kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama syarikat swasta Angsanapuri Development Sdn Bhd bakal membina 353 unit kediaman mampu milik di Chenor, Maran dekat sini. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek itu yang dibangunkan menerusi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, bertujuan untuk memberi lebih ramai rakyat peluang memiliki kediaman sendiri. Katanya, rumah tersebut merupakan […]

» Read more

Jangan Ikut Rentak PH… UMNO Satu Lagu, Satu Gendang, Satu Tarian – Mohamad

RAWANG, 16 Jun – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata akar umbi UMNO adalah teras utama dalam keperkasaan parti. Katanya, jangan ingatkan seorang atau dua orang pimpinan UMNO lari meninggalkan parti maka UMNO tergugat kerana UMNO akan tetap terus teguh dan tidak akan hancur. “Kita dah menang 13 kali… baru kalah sekali dah […]

» Read more

UMNO Paling Stabil Ketika Ini Dan Proses Pemerkasaan Semula – Rahman

KUALA LANGAT 16 JUN – UMNO merupakan parti yang paling stabil ketika ini selepas segala kemelut akibat kejutan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah berlalu, dan ia kini dalam proses pemerkasaan untuk kembali bangkit dengan gagah semula. Ahli Majlis Tinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, hal ini berbeza dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang sedang […]

» Read more

Kegagalan Inkues Adib Beri Kesan Buruk – Jamil Khir

ALOR SETAR, 14 Jun – Kegagalan pihak berkaitan menguruskan inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim secara adil akan memberi kesan buruk kepada sistem perundangan negara.  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bukan sahaja keluarga dan rakyat di negeri ini, bahkan masyarakat di seluruh negara telah menilai prosiding tersebut secara negatif. Menurutnya, pandangan […]

» Read more

Wanita UMNO Tak Berminat Ambil Tahu Masalah Dalaman PH, Fokus Rapatkan Saf – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Noraini Ahmad berkata, UMNO tidak berminat dengan permasalahan yang sedang melanda Pakatan Harapan (PH) kerana agenda utama sekarang ini adalah memperkasa parti menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Jelas beliau, ‘kecelaruan’ yang sedang melanda PH sekarang ini tidak memberi untung kepada UMNO lagi pula cara politik UMNO adalah berdasarkan […]

» Read more

Isu Orang Asli Kuala Koh: PH Perlu Serius, Segerakan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasatan

CAMERON HIGHLANDS, 12 Jun – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mendesak agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memandang serius permasalahan yang berlaku terhadap masyarakat Orang Asli di Kuala Koh dan berharap Kementerian yang bertanggungjawab dapat mempercepatkan siasatan. Jelas beliau, sekarang ini bukanlah masa untuk menuding jari kepada mana-mana pihak dan permasalahan ini juga tidak wajar dipolitikkan kerana ia […]

» Read more

Fitnah Jahat Malaysiakini Terhadap Institusi Diraja Johor

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Laporan Malaysiakini bertajuk ‘Undangan khas Aidilfitri Sultan Ibrahim hanya buat UMNO Johor’ petang tadi adalah fitnah jahat portal tersebut terhadap institusi diraja Johor. Perkara itu ditegaskan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah yang menjelaskan, kunjungan bersempena sambutan Aidilfitri itu bukan atas dasar jemputan tetapi permohonan yang dibuat untuk menghadap Sultan Johor, Sultan […]

» Read more

Isu NFC: Tindakan Untuk Teruskan Saman Sivil Dianggap Pelik

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang tidak memberi kelulusan kepada pembeli baharu untuk mengambil alih projek Syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), sebaliknya mahu meneruskan saman sivil bagi menuntut syarikat itu membayar balik seluruh pinjaman berjumlah RM250 juta, dianggap pelik. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbuatan itu boleh dianggap […]

» Read more

Pas Mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Digantung

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Pas mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehingga Pakatan Harapan (PH) menghormati janjinya. Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak dinafikan dari sudut undang-undang, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu tanpa sebarang perbincangan adalah prerogatif beliau. Katanya, […]

» Read more
1 264 265 266 267 268 312