Mereka Yang Setia Dalam Perjuangan Layak Dinobat Pejuang UMNO, ‘Dulu, Kini, Selamanya’

SETIU, 19 Julai – Ahli parti yang setia termasuklah para perwakilan yang menjayakan mesyuarat serta persidangan UMNO peringkat bahagian merupakan mereka yang sejati dalam perjuangan seiring dengan slogan UMNO ‘Dulu, Kini, Selamanya’. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mewakili Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada majlis perasmian UMNO bahagian Setiu pagi tadi […]

» Read more

Kalau Betul Tulen, Ambil Tindakan

HULU TERENGGANU 19 Julai – Seluruh rakyat Malaysia kini ternanti-nanti apa tindakan seterusnya yang akan diambil pihak berkuasa susulan pengesahan video intim membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan percaya perkara itu menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat kerana masing-masing mahu mengetahui apa tindakan selanjutnya […]

» Read more

Penduduk Ternanti-nanti Janji PH… Adakan Segera ‘Townhall’ Pencemaran Pasir Gudang

JOHOR BAHRU, 19 Julai – Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini menyatakan hasrat untuk mengadakan perjumpaan ‘townhall’ bersama penduduk bagi merungkai isu pencemaran toksik di Pasir Gudang, namun, sehingga hari ini, penduduk ternanti-nanti akan butiran serta ketentuan perjumpaan ‘townhall’ tersebut. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, apa yang lebih mengecewakan adalah kejadian terbaru yang berlaku semalam […]

» Read more

ADUN PH Tak Senang Dengan BN Kerana Isu #MelakaKotorBoss

MELAKA 18 Julai – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sekali lagi bertukar kecoh apabila Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bertekak sesama sendiri angkara isu kebersihan negeri yang ditimbulkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron. Bekas ketua menteri yang juga ADUN Sungai Udang dikatakan sering memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan negeri dalam media sosial […]

» Read more

Dulu Tuduh BN Kerajaan Teruk, Sekarang PH Jauh Lagi Teruk – Razali

  KUALA LUMPUR, 18 Julai – “Dulu, masa mereka (Pakatan Harapan) jadi pembangkang, mereka sering tuduh kita (Barisan Nasional) teruk tapi bila mereka diberi peluang, mereka rupanya jauh lebih teruk,” bidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Razali Ibrahim. Jelas beliau, kerajaan hari ini telah menabur pelbagai janji untuk melakukan reformasi namun sayangnya setelah lebih setahun memerintah, mereka terbukti gagal. […]

» Read more

RM1 Trilion Hutang Negara Timbul Kerana Perubahan Standard Perakaunan, BN Tak Sorok Angka

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet (JKPK Bajet) Parlimen, Khairy Jamaluddin menegaskan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion adalah disebabkan perubahan standard pelaporan perakaunan kerajaan. Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, ia bukanlah kerana angka-angka tersebut disorokkan malah kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) yang telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan standard perakaunan asas akruan. “Jumlah hutang dan liabiliti […]

» Read more

PH Tukar Konsep Undang-undang ‘Rule of Law’ Jadi ‘Rule by Law’

  KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pensyarah Undang-Undang, Dr Shamsher Singh Thind berkata, ‘rule of law’ adalah sesuatu yang tercatat di dalam kertas namun apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini adalah ‘rule by law’. Katanya, dengan ‘rule of law’ adalah apa yang boleh dan tidak boleh kita buat namun sebaliknya yang berlaku. “Konsep ‘rule of […]

» Read more

Bersih Dedah Embargo Parlimen, PH Krik… Krik… Krik…, Sindir Najib

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Apa reaksi kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta pemimpin-pemimpinnya? Krik… krik… krik… sinis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Dalam lontaran di Facebook, Najib mengulas mengenai tindakan Bersih yang dilaporkan telah melanggar embargo Parlimen, laporan persempadanan 2017 Sabah. “Seluruh buku laporan embargo dikeluarkan. Bukan sekerat sahaja seperti kes saya. “Tapi apa reaksi […]

» Read more

Pelik…Kalau ‘Rompak’ Bawa Lari Duit Tapi Wang Tuntutan GST Masih Ada – Ahmad

KUALA LUMPUR 17 Julai – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan melihat rumusan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung wang tuntutan GST tidak sepertimana yang dituduh sebelum ini bahawa ianya dirompak perlu diketahui dengan jelas oleh rakyat. Sambil membuat analogi perompak memasuki rumah, beliau berkata maksud rompakan adalah membawa lari wang berkenaan keluar namun hasil laporan membuktikan RM16.47 […]

» Read more

Pembangkang Komited Dengan Janji, Sokongan Jadi Bukti – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata blok pembangkang setiasa menunaikan janji apabila berjanji dan bukannya macam Pakatan Harapan (PH). Katanya, pembangkang sentiasa komited terhadap janji-janji dan sokongan penuh Dewan Rakyat terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 menjadi bukti yang nyata bahawa pembangkang tetap mengotakan janjinya. “Kita sentiasa menetapi janji kita… kita janji […]

» Read more
1 260 261 262 263 264 312