Pelik…Kalau ‘Rompak’ Bawa Lari Duit Tapi Wang Tuntutan GST Masih Ada – Ahmad

KUALA LUMPUR 17 Julai – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan melihat rumusan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung wang tuntutan GST tidak sepertimana yang dituduh sebelum ini bahawa ianya dirompak perlu diketahui dengan jelas oleh rakyat.

Sambil membuat analogi perompak memasuki rumah, beliau berkata maksud rompakan adalah membawa lari wang berkenaan keluar namun hasil laporan membuktikan RM16.47 bilion masih ada di dalam sistem kewangan negara.

“Apa yang menarik daripada rumusan yang tebal ini ialah tidak ada wang yang dirompak, tidak ada wang yang hilang. Ini yang rakyat di luar sana perlu tahu. Apakah maksud rompak… kita ambil bawa lari… dan wang itu tidak ada lagi di situ… itu baru maksud merompak. Begitu juga perompak masuk rumah ambil barang dan ini bererti barang itu tidak ada lagi di dalam rumah tersebut.

“Dalam soal tersebut, RM19.47 bilion masih ada dalam sistem kewangan negara serta ianya tidak hilang dan kita memutuskan bahawa akan menghadapkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk diambil tindakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan dewan.”

Beliau berkata demikian pada program Diskusi dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, di sini, malam tadi. Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi facebook UMNO-Online.

Dalam perkembangan lain beliau turut berkata bahawa skandal Forex jauh lebih besar daripada apa yang diperkatakan hari ini baik soal RM19.47 bilion mahupun RM2.6 bilion.

No further action yang amat-amat besar… lebih besar daripada RM 19.47 bilion, lebih besar daripada RM2.6 bilion apa dia… RM31 bilion skandal Forex. Apabila diwujudkan Jawatankuasa Siasatan di-Raja, kemudiannya Setiausaha Suruhanjaya terbabit membuat laporan polis di era pentadbiran Barisan Nasional (BN), namun ketika era mereka ini laporan polis telah ditarik balik.

“Dengan kata lain RM31 bilion dahulu yang nilainya RM100 bilion sekarang ini lesap, hancur, habis… rakyat kena tahu perkara ini maka saya ingin beritahu no further action telah dibuat terhadap siasatan skandal Forex… jawapan dalam Dewan Rakyat.

“Soalan saya itu… betapa kerajaan sekarang ini bukan hanya penipu hebat tetapi juga tidak berlaku adil terhadap rakyat. Rakyat nak kena tahuRM 31 bilion ini sebab pemain-pemain ini masih hidup sekarang dan duit itu telah hancur-lebur,” katanya.

Tambahnya lagi apa yang berlaku itu tidak sepertimana kisah 1Malaysia Development Berhad 1MDB).

“Ini bukan kisah macam 1MDB. 1MDB apabila saya tanya Lim Guan Eng RM31 bilion hutang, beliau menjawab begitu begini, RM51 bilion… senang-senang sahaja… RM31 bilion jadi RM50 bilion… suka petik angka macam kita ini bodoh sangat. Tentu kita tahu apakah kenyataan.

“Saya beritahu Lim Guan Eng pada minggu sudah. Saya kata RM31 bilion itu disebut oleh Arul Kanda, bekas CEO 1MDB… beliau yang sebut RM31 bilion adalah hutang tetapi Arul Kanda juga menyebutkan RM43 bilion aset. Jadi saya tanya pada Lim Guan Eng dah satu tahun dua bulan kenapa sampai sekarang tidak boleh mengira aset 1MDB ini RM43 bilion… sebab Guan Eng dalam jawapan bertulis kepada saya memang betul hutang RM31 bilion.

“Itu sebab saya berani ketengahkan kerana di tangan saya ada jawapan hitam putih tetapi ianya melilau tidak dapat menepatkan jumlah aset 1MDB RM43 bilion. Kalau RM31 bilion yang Forex, duit itu hilang terus dan memang tidak nampak serta tidak ada aset berbanding 1MDB.”

Ujarnya lagi jika Arul Kanda menyebut RM31 bilion hutang disahkan oleh Lim Guan Eng betul bererti pada pandangan saya RM43 bilion aset yang disebutkan Arul Kanda juga betul.

Ini kerana tegasnya tidak ada sebab kenapa Arul Kanda mahu berbohong kerana itu kenyataannya kepada umum, namun RM31 bilion skandal Forex duit itu hilang dan tidak ada aset dibelakang duit itu kerana ia permainan ‘trading foreign exchange’. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.