Melaka Tunggu Lampu Hijau Persekutuan Untuk Operasi Semula ICQ

ALOR GAJAH, 1 April – Kerajaan Negeri Melaka masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pengoperasian semula Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Banda Hilir di sini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pengoperasian kompleks itu melibatkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi termasuk prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 selain perbincangan pembukaan sempadan […]

» Read more

Kisah Rakyat Malaysia Warnai Pembukaan Semula Tambak Johor

JOHOR BAHRU, 1 April – Pelbagai cerita rakyat Malaysia yang baru pulang dari Singapura mewarnai dan menghidupkan semula Tambak Johor yang ‘sepi’ sejak dua tahun lamanya apabila sempadan negara ditutup pada 18 Mac 2020. Solidariti terpancar dalam kalangan warga tempatan apabila ada yang menyanyikan lagu Negaraku ketika berjalan kaki merentasi Tambak Johor dan ada bersorak kegembiraan menyambut kepulangan mereka sebaik […]

» Read more

Surat Palsu: Apa-apa Kenyataan Rujuk Media Sosial Rasmi, UMNO-Online – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa apa-apa kenyataan yang menggunakan kepala surat UMNO dan nama beliau mesti dirujuk kepada media sosial rasminya atau berita menerusi laman UMNO-Online. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian susulan tular surat yang menggunakan logo UMNO dengan ditandatanganinya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Bidas […]

» Read more

Tanah Lapangan Terbang Antarabangsa Di Seri Iskandar Dijual Semasa Zaman PH – Saarani

PARIT, 31 Mac – Tanah yang dicadangkan untuk dibangunkan sebagai lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar di sini, telah dijual kepada sebuah syarikat swasta semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), tanah tersebut dirizabkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak bagi tujuan pembinaan lapangan terbang berkenaan. “Jadi, tanah itu […]

» Read more

DSA: Kementah Tandatangani 51 Dokumen Dengan Nilai RM4.6 Billion – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kementerian Pertahanan (Kementah) menandatangani 51 dokumen dengan nilai RM4.6 bilion dan tiga Memorandum Persefahaman (MoU) sepanjang pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 yang berlangsung selama empat hari. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata majlis menandatangani dokumen itu melibatkan dokumen kontrak, memorandum persefahaman (MoU), penyerahan surat […]

» Read more

Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Menerusi Portal Bermula 1 April

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April ini. KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April ini, manakala pembayaran akan dibuat […]

» Read more

Syarikat Telco Digesa Naik Taraf Perkhidmatan Internet Di Luar Bandar, Pedalaman – MenKOMM

PAPAR, 28 Mac – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini, untuk lebih proaktif menaik taraf perkhidmatan internet di menara telekomunikasi sedia ada, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. Beliau berkata penyertaan lebih proaktif daripada syarikat telekomunikasi terbabit amat diperlukan, dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan liputan internet sekali gus memastikan […]

» Read more

Kementerian Wilayah Persekutuan Tubuh Unit Kemiskinan Bantu Miskin Bandar

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan menubuhkan Unit Kemiskinan di peringkat kementerian dan agensinya bagi menangani isu miskin bandar secara berterusan, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata bagi Wilayah Persekutuan Labuan, unit itu ditubuhkan di bawah Perbadanan Labuan serta bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menubuhkan […]

» Read more

KUSKOP Sedia Bantu Koperasi Ternakan Wujud Sistem Perladangan Kontrak

JELEBU, 27 Mac – Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bersedia membantu koperasi yang terlibat dalam aktiviti penternakan, mewujudkan pusat pengumpulan perladangan kontrak bagi menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata pusat pengumpulan perladangan kontrak itu juga dapat mendorong koperasi terlibat, menyediakan ruang pasaran mereka sendiri. “Kita sedang berusaha membantu koperasi-koperasi yang terlibat kegiatan […]

» Read more

Exco Baharu Mahu Fokus Kemakmuran, Kepentingan Rakyat Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan terus fokus kepada kemakmuran bagi memastikan ekonomi dan kepentingan rakyat negeri ini sentiasa terpelihara. Mereka berikrar akan melakukan yang terbaik demi negeri selain melahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan untuk menggalas […]

» Read more
1 111 112 113 114 115 309