Surat Palsu: Apa-apa Kenyataan Rujuk Media Sosial Rasmi, UMNO-Online – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa apa-apa kenyataan yang menggunakan kepala surat UMNO dan nama beliau mesti dirujuk kepada media sosial rasminya atau berita menerusi laman UMNO-Online.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian susulan tular surat yang menggunakan logo UMNO dengan ditandatanganinya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Bidas Ahmad, surat terbabit adalah palsu, fake dan fitnah.

“Jika tiada dalam saluran rasmi itu, maka kenyataan adalah palsu, fake, fitnah yang dibuat oleh pihak yang bodoh, goblok,” tegasnya lagi.

Menerusi surat palsu yang ditularkan malam tadi dan bertarikh 31 Mac, didakwa bahawa UMNO telah memanggil satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ekoran keputusan mahkamah menolak permohonan UMNO untuk menggantung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap UMNO bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO.

Terdahulu, surat palsu berbentuk fitnah sedemikian telah beberapa kali tular malah Ahmad juga seringkali mengingatkan bahawa sebarang kenyataan berkaitan parti hanya akan dikeluarkan menerusi saluran rasmi atau di dalam saluran media sosialnya terutama di Twitter dan Facebook. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.