Agong Perkenan Tubuh RCI Kaji Pengendalian Kes Batu Puteh

PUTRAJAYA, 14 Feb – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berkuat kuasa serta merta. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 […]

» Read more

Malang Tidak Berbau… Noraini Santuni Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad menyantuni mangsa-mangsa kebakaran yang melibatkan enam buah rumah di Blok 70, Flat Sri Sabah di samping menyampaikan barangan bantuan asas pada pagi Selasa. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia memaklumkan bahawa mangsa-mangsa tersebut telah ditempatkan di Pusat Pemindahan […]

» Read more

Mohon Pengampunan Penuh Sebagai Santuni Permintaan Najib, Keluarga

PUTRAJAYA, 8 Feb – Pertimbangan memfailkan permohonan baharu untuk pengampunan penuh bagi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebagai menyantuni permintaan bekas perdana menteri itu dan anggota keluarganya, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bagaimanapun berkata langkah-langkah yang akan diambil nanti berhubung perkara itu […]

» Read more

Jawapan Soalan Lazim Berkaitan Kuasa Pengampunan Oleh Yang Di-Pertuan Agong

1. Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung pengampunan? Jawapan: Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA, Raja atau Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa untuk memberi ampun, tunda hukuman atau lega hukuman. Kuasa YDPA adalah bagi kesemua kes dan kesalahan yang dilakukan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala bagi kes-kes dan kesalahan yang dilakukan di negeri-negeri […]

» Read more

Junjung Kasih, Jangan Ada Mana-Mana Pihak Pertikai Kuasa Mutlak Pengampunan – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap tidak ada mana-mana pihak yang mempertikai berhubung keputusan hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Jelas beliau semua pihak perlu menghormati keputusan berkenaan kerana Perlembagaan menyatakan ianya adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana […]

» Read more

Isu Najib: Hormati Keputusan, Akan Usaha Dapatkan Pengampunan Baharu Daripada Yang di-Pertuan Agong Ke-17 – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 4 Feb – UMNO akan terus berusaha untuk mendapatkan pengampunan baharu bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak daripada Yang di-Pertuan Agong ke-17, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, meskipun bersedih kerana Mohd Najib tidak diberikan pengampunan penuh, UMNO menjunjung […]

» Read more

Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera Ditangguhkan, Mesyuarat Khas MKT Diadakan Esok

KUALA LUMPUR, 2 Feb – UMNO membuat keputusan menangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan esok. Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, kolokium yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara. “Serentak itu satu menyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO […]

» Read more

Lembaga Pengampunan Putuskan Pengurangan Hukuman Penjara, Denda Ke Atas Najib

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mereka memaklumkan bahawa mesyuarat kali ke-61 Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah bersidang pada 29 Januari lalu. […]

» Read more

Menteri Kabinet Merafak Sembah Tahniah Kepada Sultan Ibrahim Sebagai Agong Ke-17

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Jemaah Menteri merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang diyakini mampu memberi bimbingan dan nasihat kepada Kabinet bagi meneruskan komitmen kerajaan dalam meningkatkan perpaduan, kesejahteraan dan pembangunan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya dengan segala pengalaman yang ada pada Sultan Ibrahim dapat membantu menerajui Malaysia untuk memastikan negara berada […]

» Read more
1 39 40 41 42 43 88