Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera Ditangguhkan, Mesyuarat Khas MKT Diadakan Esok


KUALA LUMPUR, 2 Feb – UMNO membuat keputusan menangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan esok.

Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kolokium yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara.

“Serentak itu satu menyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan jam 11 pagi esok untuk membincangkan perkembangan muktahir semasa politik tanah air khususnya bersangkutan dengan pengumuman pengurangan tempoh hukuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oleh Lembaga Pengampunan,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.