Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 22 Mac

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen. Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah […]

» Read more

Jaga Kerahsiaan Parti, Pesan Presiden Kepada Bakal MKT

SEREMBAN, 14 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bakal barisan ahli Majlis Kerja (MKT) agar menjaga kerahsiaan parti. Pesannya, setiap yang dipilih ataupun dilantik telah mengangkat sumpah kerahsiaan dan sepatutnya tidak berlaku perkara yang diperbincangkan disalurkan kepada pihak luar selagi tiada kata putus dalam mesyuarat tersebut. “Perbincangan dalam mesyuarat MKT adalah proses membuat keputusan sama […]

» Read more

Bawa Ke Parlimen Akta Pertubuhan 1966 Jika Mahu Dipinda – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 9 Mac – Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) merupakan satu akta yang diluluskan oleh Parlimen dan sekiranya ada pihak yang mahu ia dipinda, perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada Parlimen, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Kalau ada tidak setuju kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966. Itu adalah merupakan satu akta dan ia diluluskan […]

» Read more

Malaysia Tarik Pelaburan Diluluskan RM264.6 Bilion Pada 2022, Kedua Terbesar Pernah Direkod – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Malaysia meluluskan pelaburan berjumlah RM264.6 bilion pada 2022, dengan sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar, diikuti oleh sektor pembuatan dan utama. Sektor perkhidmatan menyaksikan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM154 bilion atau 58.2 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2022. Sementara itu, pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan berjumlah RM84.3 bilion (31.9 peratus) dan industri utama […]

» Read more

Ahmad Zahid Nasihat Calon Patuhi Garis Panduan Berkempen Yang Ditetapkan JPU

ALOR SETAR, 6 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati kepada semua calon yang bertanding dalam Pemilihan kali ini mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) di bawah Tan Sri Shahrir Samad telah memberi garis panduan dan keadilan terbaik termasuk dibenarkan kempen melalui saluran media interaktif. Pesannya lagi, baik calon mahupun pengurus kempen, […]

» Read more

PRN: Pembahagian Kerusi Mula Dibincangkan Dalam Mesyuarat Sekretariat Perpaduan

PUTRAJAYA, 23 Feb – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri dengan parti di bawah Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, telah mula dibincangkan namun belum dimuktamadkan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli di sini hari ini, Ahmad Zahid yang […]

» Read more

Isu Pajakan Dan Air: Segera Bawa Ke Mahkamah – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan berhati-hati dan berhenti daripada terus mencipta ‘pergaduhan jalanan’ yang dilihat hanya lebih memberikan kesan negatif kepada negeri Kedah sendiri. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata bermula dengan isu tuntutan RM100 juta royalti pajakan, diikuti dengan isu caj air mentah kepada Pulau […]

» Read more

Pilih Pemimpin Yang Boleh Galas Tugas Dengan Sebaiknya – Hisham Suhaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Exco Wanita UMNO, Hisham Suhaily Othman berkata pemilihan barisan kepimpinan hendaklah dibarisi oleh mereka yang benar-benar boleh menggalas tugas serta membawa UMNO ke arah yang lebih baik dan segar. Beliau juga berharap agar pemilihan UMNO ini akan berlaku situasi yang aman dan harmoni bagi memilih pemimpin sama ada di peringkat bahagian mahupun pusat. “Kita mengalu-alukan […]

» Read more

Ramasamy Usah Jadi Liabiliti Kerajaan Perpaduan – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 14 Feb – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy diminta untuk bersikap adil, bertanggungjawab dan menghormati konsep kerjasama politik demi memelihara status solidariti Kerajaan Perpaduan yang terbina. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, beliau sepatutnya menggunakan hak kebebasan memberikan cadangan kepada pemimpin negara secara rasional bagi memanfaatkan masyarakat dan menjaga keharmonian […]

» Read more
1 89 90 91 92 93 133