Lebih 39,000 Anggota, Pegawai Dan Pasangan TDM Laksana Undi Awal Pada 8 Ogos

MELAKA, 30 Julai – Lebih 39,000 anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan, terbabit dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 8 Ogos depan. Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata daripada jumlah itu, lebih 29,000 orang terdiri daripada anggota dan pegawai tentera, manakala lebih 9,000 orang terdiri daripada pasangan […]

» Read more

PRN: Marshela Fokus Kebajikan, Kemakmuran Ekonomi Rakyat DUN Semerak

PASIR PUTEH, 30 Julai – Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh, Marshela Ali mengajak rakyat Kelantan khususnya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini. Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak itu bertekad untuk membela nasib dan masa depan para petani serta nelayan di kawasan tersebut. “Alhamdulilah, […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Serius Bangunkan Negara, Tolak Kontroversi Dan Provokasi Melampau – Bung Moktar

GOMBAK, 30 Julai – Kerajaan Perpaduan adalah serius dalam usaha untuk membangunkan negara dengan mengangkat perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran. Dalam hal ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar anggota parti khususnya jentera Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) tidak terperangkap dengan tingkah pihak lawan yang mula melakukan provokasi dengan pelbagai isu termasuk […]

» Read more

Bung Moktar Harap Jentera Fokus Laksana Gerak Kerja Tempoh Berkempen Untuk Kemenangan

GOMBAK, 29 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar jentera-jentera Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) terus menumpukan fokus kepada gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon-calon parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah memulakan tempoh kempen hari ini. Jelas beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, jentera-jentera di akar […]

» Read more

Demi Agenda Kemakmuran Rakyat, Megat Zulkarnain Tekankan Pentingnya Sokong BN/PH

GOMBAK, 29 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang tampil selaku calon Barisan Nasional (BN) bagi misi merampas DUN Gombak Setia menekankan bahawa amat penting bagi BN-Pakatan Harapan (PH) menang di Selangor demi masa hadapan dan kemakmuran rakyat. Tegasnya, Selangor perlu kekal di bawah BN-PH bagi memastikan pentadbiran sealiran dengan pusat untuk meneruskan agenda kemakmuran […]

» Read more

Ahmad Zahid Optimis Kedah, Terengganu Boleh Dimenangi BN-PH

KOTA BHARU, 29 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah akan dapat dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Beliau berkata ia kerana Terengganu dan Kedah yang boleh dianggap sebagai ‘swing state’ pernah bertukar pemerintahan beberapa kali antara BN dan PAS. […]

» Read more

Tok Mat Sah Tanding Pertahan DUN Rantau, Berdepan Dua Penjuru

REMBAU, 29 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sah sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamad menghadapi saingan dua penjuru daripada Perikatan Nasional (PN) yang mengetengahkan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan. Kedua mereka tiba bersama-sama penyokong dan pencadang masing-masing antara 9 pagi tadi. Senarai calon […]

» Read more

Tok Mat Tiba Pusat Penamaan, Diiringi Penyokong Dan Pendukung Parti

REMBAU, 29 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini diiringi penyokong dan pendukung parti ke pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan. Beliau turut diiringi paluan kompang yang menghangatkan lagi suasana di luar pusat penamaan ini. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu juga tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna […]

» Read more

Pusat Penamaan Calon PRN Enam Negeri, PRK Kuala Terengganu Dibuka Tepat 9.00 Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Sejumlah 173 Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang, mula dibuka serentak tepat 9 pagi ini bagi proses penamaan calon. Turut berlangsung serentak ialah pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan di Dewan Banquet, Menara Majlis Bandaraya […]

» Read more

PRN Enam Negeri Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi ini. Bakal calon mewakili parti-parti politik atau bertanding atas tiket Bebas pada PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mempunyai tempoh sehingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai […]

» Read more
1 75 76 77 78 79 133