PRN: Marshela Fokus Kebajikan, Kemakmuran Ekonomi Rakyat DUN Semerak

PASIR PUTEH, 30 Julai – Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh, Marshela Ali mengajak rakyat Kelantan khususnya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak itu bertekad untuk membela nasib dan masa depan para petani serta nelayan di kawasan tersebut.

“Alhamdulilah, syukur kepada Allah SWT dengan satu anugerah rezeki dan juga tanggungjawab. Tanggungnya di dunia, jawabnya di akhirat nanti.

“Kegiatan di kawasan saya ialah pertanian dan perikanan. Disebabkan ramai petani dan juga nelayan, mereka inilah yang akan saya perjuangkan demi menjamin masa depan mereka.

“Golongan ini merupakan insan yang membangunkan negara maka saya akan menekankan tentang peruntukan bantuan kepada mereka,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, Marshela turut berazam untuk membangunkan anak-anak muda di Semerak dengan menyediakan peluang pekerjaan agar mereka tidak keluar daripada Kelantan.

“Semua sedia maklum bahawa pengundi muda ini lebih ramai daripada pengundi dewasa pada PRN ini maka mendekati mereka adalah satu tanggungjawab.

“Insya-Allah, untuk membangunkan anak-anak muda ini, perlu ada industri yang lebih baik kerana mereka memerlukan pekerjaan agar tidak keluar daripada Kelantan. Itu yang lebih penting,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar rakyat khususnya di DUN Semerak keluar mengundi bagi menyempurnakan tanggungjawab mereka.

“Jangan lupa kepada semua pengundi N31, Semerak pastikan anda semua keluar mengundi bagi menjalankan tanggungjawab. Jangan lupa undilah calon-calon Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos. – UMNO Online

Jom ikuti media sosial calon Barisan Nasional DUN Semerak ini:
Fb: Marshela Ali
Tiktok: Marshela Binti Ali
Instagram: marshela_ali
Twitter: Marshela Ali

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.