COVID-19: 4,498 Kes Baharu – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Malaysia merekodkan 4,498 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, setelah lebih sebulan (39 hari) mencatatkan angka terendah iaitu 941 kes pada 29 Mac. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata jumlah kes baharu itu menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara kini berjumlah 432,425 kes. Dalam […]

» Read more

Peningkatan Kes, Penggunaan Kapasiti Kesihatan Di Lembah Klang Membimbangkan

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati peningkatan kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang mutakhir ini adalah amat membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sekiranya trend peningkatan kes COVID-19 itu berterusan, kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak […]

» Read more

COVID-19: Ledakan Kes Harian Baharu, Kes Aktif Hampir 30 Ribu

KUALA LUMPUR, 30 April – Bermula dengan hanya tiga kes positif COVID-19 pada 25 Januari 2020, Malaysia kini merekod kes kumulatif sebanyak 404,925 kes setakat 29 April 2021 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan menghampiri 30 ribu. Dengan sejumlah 378 kluster masih aktif dan 83 daripadanya mencetuskan kes baharu, mungkin sukar untuk mengharapkan pandemik koronavirus maut ini dapat dibendung dalam masa […]

» Read more

Fasa Kedua Program Imunisasi Johor Libatkan 600,000 Individu

JOHOR BAHRU, 29 April – Pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Negeri Johor yang bermula hari ini akan melibatkan seramai 600,000 individu termasuk golongan warga emas. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata pemberian suntikan vaksin berkenaan akan dibuat di 21 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan meliputi sembilan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan 12 lagi fasiliti awam lain. Katanya […]

» Read more

Tiada Pertembungan BN-PAS Di Pahang Atas Semangat Muafakat Nasional

KUANTAN, 29 April – Tiada pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan PAS melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Pahang berdasarkan semangat dan keikhlasan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini. Perkara itu dipersetujui Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Pesuruhjaya PAS negeri Rosli Abdul […]

» Read more

SOP Sambutan Aidilfitri Yang Tular Adalah Palsu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 April – Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial hari ini adalah palsu dan tidak benar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan belum mengeluarkan sebarang SOP mengenai perayaan itu, dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat “Senarai SOP itu fake (palsu), tidak betul…. kononnya pada […]

» Read more

Medium Penyaluran Maklumat Dipelbagai Bantu Ahli Parti Dapat Info Tepat – Shahril

SEREMBAN, 22 April – Medium parti dalam menyalurkan maklumat dan info semasa bukan sahaja perlu dipelbagaikan malah mesti ada kesinambungan dalam memastikan apa yang disampaikan diterima oleh kumpulan sasar. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata dalam dunia teknologi maklumat hari ini, masing-masing boleh mengakses serta mendapat info bukan hanya terhad kepada televisyen semata-mata malah menerusi media sosial juga. “Aplikasi yang […]

» Read more

Aplikasi Info PUMAS Platform Terbaik Sampaikan Maklumat Sahih – Shahril

MARAN, 19 April – Aplikasi Info PUMAS diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pimpinan bahagian untuk mendapatkan info serta mendepani isu-isu semasa yang berbangkit, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Jelas beliau, aplikasi tersebut akan menyampaikan info yang sahih dan cepat yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat UMNO kepada pemegang akses applikasi berkenaan. “Aplikasi ini merupakan sistem tertutup yang hanya boleh diakses […]

» Read more

Semak Dan Imbang Perlu Untuk Kepentingan Rakyat Dan Negara – Ahmad Maslan

SEREMBAN, 17 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan semak dan imbang cukup penting dalam negara hari ini dan penekanan utama adalah sudah pasti untuk manfaat rakyat. Menurut beliau apabila Ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melontarkan pandangan di media sosial dan sebagainya ia tidak mendatangkan ‘bekas’ mahupun tindak balas. “Oleh itu pada saya […]

» Read more

Pengesanan Varian South African B.1.351: MKN Perlu Kaji Semula Kelonggaran – Khairy

SEREMBAN, 15 April – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin melahirkan kebimbangannya terhadap pengesanan 17 kes COVID-19 varian South African B.1.351 di negara ini yang akan memberi kesan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Khairy berkata sebaik sahaja varian itu merebak, beberapa vaksin tidak akan berkesan terhadapnya dan kadar penularan virus akan meningkat. Justeru, katanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) […]

» Read more
1 142 143 144 145 146 175