Semak Dan Imbang Perlu Untuk Kepentingan Rakyat Dan Negara – Ahmad Maslan

SEREMBAN, 17 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan semak dan imbang cukup penting dalam negara hari ini dan penekanan utama adalah sudah pasti untuk manfaat rakyat.

Menurut beliau apabila Ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melontarkan pandangan di media sosial dan sebagainya ia tidak mendatangkan ‘bekas’ mahupun tindak balas.

“Oleh itu pada saya perkara yang penting ialah kita memerlukan semak dan imbang jangan kita terus membunuh demokrasi. Semak dan imbang ini penting sebab Ahli Parlimen dan ADUN bercakap dalam media sosial ianya tidak akan mendatangkan ‘bekas’…

“Tetapi kalau adun dan ahli parlimen bercakap di Dewan Rakyat dan DUN ia mesti dijawab oleh pihak berkaitan… menteri… timbalan menteri…agensi…kementerian, exco dan sebagainya semua kena jawab,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.
Terdahulu beliau mengadakan kunjungan bersama Setiausaha Kerja UMNO Bahagian melibatkan Melaka dan Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama Ahmad Maslan turut merasakan apabila parlimen dan DUN tidak bersidang kerana darurat, mereka yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen dan ADUN ada merasakan semacam mendapat ‘elaun buta’.

“Ada istilah ‘gaji buta’… kami tidak dapat gaji … dapat elaun… jadi itu bukan hasrat kami wakil rakyat samaada adun atau parlimen.

“Satu lagi penting persidangan DUN dan parlimen yang dibuat kerana melihat sekolah dengan sepuluh ribu buah sekolah telah dibuka dengan 5 juta murid hadir ke sekolah kecuali hujung munggu, dengan ratusan ribu para guru hadir ke sekolah kecuali pada hujung minggu rakyat bertanya mengapa parlimen dan DUN tidak dibuka.

“Sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak membuka tambahan apabila ahli parlimen telah disuntik dengan dua dos suntikan majoriti hampir kesemuanya sudah lengkap dan ini memberikan satu ‘confident’ kepercayaan kita bahawa COVID-19 ini boleh ditangani dengan segala usaha-usaha yang dibuat.

“Satu lagi apa juga cadangan kami tentu kami mempunyai pelbagai idea sebab kami rapat dengan rakyat dan cadangan-cadangan kami itu boleh diulas bernas atau tidak…. diterima atau tidak oleh pihak-pihak yang berkaitan. Jika tidak diadakan sidang ini maka tidak adalah perkara-perkara seumpama itu.Teguran-teguran tidak dapat dibuat secara berkesan…” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.