COVID-19: 4,498 Kes Baharu – KP Kesihatan


KUALA LUMPUR, 7 Mei – Malaysia merekodkan 4,498 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, setelah lebih sebulan (39 hari) mencatatkan angka terendah iaitu 941 kes pada 29 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata jumlah kes baharu itu menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara kini berjumlah 432,425 kes.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,424 kes diikuti Sarawak (750) dan Kuala Lumpur (436).

Johor pula mencatatkan 327 kes, diikuti Pulau Pinang (313); Kelantan (297); Kedah (209); Negeri Sembilan (188); Sabah (153); Perak (148); Terengganu (87); Pahang (78); Melaka (74); Putrajaya (lapan); Perlis (empat) dan Labuan (dua). – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.