Isu Pencemaran Pasir Gudang: MB Johor Tidak ‘Gentleman’

ISKANDAR PUTERI, 26 Jun – Satu memorandum berhubung ketidakcekapan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangani isu pencemaran di Pasir Gudang telah diserahkan oleh Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pagi ini. Antara yang turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dan PAS, Bekas-bekas Wakil Rakyat, wakil parti komponen MCA […]

» Read more

Kes Kematian Adib Mesti Diurus Secara Telus, Jangan Putar Belit – Zahid

KEPONG, 22 Jun – Kes kematian anggota bomba Adib Mohd Kassim pada rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya 27 November tahun lalu, mesti mendapat pembelaan secukupnya daripada kerajaan, khasnya pejabat Peguam Negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prosiding inkues kes itu mestilah dibuat secara telus dan tidak diputar-belit kerana ia membabitkan ‘Rule of Law’ kerajaan […]

» Read more

Pindaan Perlembagaan: Pandangan Bersifat Spekulatif, Pra-matang Tidak Gambarkan Perkara Sebenar – SUA

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dengan tegas menyatakan sebarang kenyataan yang merujuk kepada sebarang pandangan yang spesifik adalah bersifat spekulatif dan pra-matang (premature) serta tidak menggambarkan perkara sebenar. Menurutnya, berhubung dengan pindaan perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan mencadangkan satu usul melalui satu Perhimpunan Agung Khas November ini bagi meminda beberapa fasal […]

» Read more

PAS Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Pahang

KUANTAN, 20 Jun – PAS mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas kerjasama diberikan sempena persidangan Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di negeri terkenal dengan jolokan Tok Gajah ini. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kerajaan Negeri Pahang bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada program rasmi tahunan PAS, malah jamuan makan turut disediakan kepada kehadiran perwakilan […]

» Read more

Penyertaan Bukan Islam Dalam Kajian Tinjauan Dalam Talian Tidak Wajar

PAGOH, 19 Jun – Langkah Kementerian Pendidikan menawarkan penyertaan kumpulan dan institusi bukan Islam dalam Kajian Tinjauan Dalam Talian oleh Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKI) di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) disifatkan sebagai gagal memahami sensitiviti umat Islam di negara ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, Ir. Mohamad Fazli Mohamad Salleh mempersoalkan apakah sudah tidak ada kumpulan dan […]

» Read more

Cadangan Penambahbaikan Pendidikan Islam … Di Mana Pendirian Maszlee Yang Beragama Islam?

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching yang mahu semua bangsa memberi cadangan untuk penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah telah menimbulkan kerisauan dan kegusaran terhadap masyarakat Islam di negara ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kluang, Mohd Khairul Ishak mempersoalkan apakah relevan dan keperluan ianya dibuka kepada non-muslim kerana sepatutnya kenyataan ini dibuat oleh […]

» Read more

Tindakan KPM Benar Semua Bangsa Beri Pandangan Mata Pelajaran Agama Islam Dibidas

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengerusi Keilmuan Nasional Zambri Mohd Isa membidas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Teo Nie Ching yang mahu semua bangsa memberi cadangan untuk penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah kerana hal ehwal berkaitan agama Islam sewajarnya diurus dan ditadbir oleh orang Islam sendiri. “Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya tidak perlu melihat dan menilai mata […]

» Read more

10 Sebab Tommy Thomas Tak Layak Jadi Peguam Negara, Harus Letak Jawatan Atau Dipecat

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata jika benar Kerajaan Malaysia Baharu ini masih berpegang kepada prinsip ‘Rule of Law’ dan memelihara kedaulatan undang-undang, maka Tommy Thomas wajar meletakkan jawatan secara sukarela dengan segera atau dipecat oleh Perdana Menteri, Tun Dr […]

» Read more

Pihak Berkuasa Diminta Siasat Aduan, Bukan Tahan Pengadu

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pihak polis sepatutnya menyiasat secara adil aduan yang dibuat, bukan menahan pengadu yang membuat aduan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan pihak polis menahan Datuk Lokman Noor Adam malam tadi membuktikan siasatan yang dibuat terhadap aduan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak adil. “Sepatutnya apabila rakyat buat laporan polis, polis […]

» Read more
1 263 264 265 266 267 285