PKP: Penguatkuasaan Kini Memasuki Mod ‘Keras’ – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 April – Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki fasa ‘keras’ dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP. “Mulanya berlembut dan menasihati, […]

» Read more

Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin

PUTRAJAYA, 31 Mac – Semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebaik tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa terus menggunakan bas ke pusat kuarantin dan akan disaring oleh petugas Kementerian […]

» Read more

Harga Siling Penutup Hidung Dan Mulut RM1.50 Seunit Mulai 1 April

PUTRAJAYA, 30 Mac – Kerajaan menetapkan harga siling baharu bagi penutup hidung dan mulut atau topeng muka adalah RM1.50 seunit berkuat kuasa 1 April ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata harga baharu itu lebih murah berbanding yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM2.00 seunit. “Topeng muka tidak banyak dikeluarkan dalam negara tetapi kebanyakannya diimport, jadi […]

» Read more

PKPD Di Batu 21 Hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat Tengah Malam Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, mulai tengah malam ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu. Perintah yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 […]

» Read more

Operasi Nyah Cemar Bukti Kerajaan Serius Bendung COVID-19

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, usaha serius dan berterusan kerajaan dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 wajar dipuji apabila dilihat mengambil langkah melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara. Meskipun kerajaan menyatakan operasi nyah cemar itu bermula esok, pihak berkuasa tempatan (PBT) di beberapa negeri telah terlebih dahulu mengambil langkah proaktif melaksanakan proses itu dengan memfokus […]

» Read more

Proses Nyah Cemar Seluruh Negara Bermula Isnin Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 28 Mac – Proses nyah cemar bagi membendung wabak COVID-19 akan dilaksana di seluruh negara bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata proses nyah cemar yang akan dilaksana oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap daerah itu akan menumpukan kepada kawasan berisiko tinggi terhadap […]

» Read more

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, Terima Kasih Kerajaan PN Peduli Rakyat

ALOR SETAR, 28 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar memberikan nafas kelegaan buat semua lapisan rakyat Malaysia. Jelas beliau, pengumuman tersebut amat menyentuh setiap isi rumah dan merangkumi semua rakyat di negara ini tanpa mengira agama mahupun bangsa. […]

» Read more

Mahdzir Puji Pakej PRIHATIN: Negara Berada Dalam Landasan Tepat Jalani Pemulihan Pantas

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memberi harapan baharu untuk negara ini. Kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bantuan bukan sahaja ke arah menggerakkan ekonomi negara tetapi juga memberi harapan dan cahaya kepada rakyat biasa yang terhimpit dan terdesak dengan […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Dilaksanakan Di Johor – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor berkuat kuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan setelah Kementerian Kesihatan […]

» Read more
1 244 245 246 247 248 285