Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, Terima Kasih Kerajaan PN Peduli Rakyat

ALOR SETAR, 28 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar memberikan nafas kelegaan buat semua lapisan rakyat Malaysia.

Jelas beliau, pengumuman tersebut amat menyentuh setiap isi rumah dan merangkumi semua rakyat di negara ini tanpa mengira agama mahupun bangsa.

“Malaysia yang tiba-tiba diserang wabak COVID-19 telah menyebabkan rakyat hilang punca pencarian dan sumber kewangan. Pengumuman yang dinantikan oleh semua lapisan masyarakat ini benar-benar menggembirakan dan menghilangkan rasa gundah di hati rakyat.

“Hari ini bayaran tunai buat penerima BSH atau dahulu BR1M dikembalikan dengan jumlah yang melegakan iaitu RM1,600 bagi golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Selain itu juga mereka yang berpendapatan RM4,000 ke atas turut tidak dilupakan.

“Begitu juga dengan juga golongan bujang, serta pengembalian seumpama di zaman BN kepada para pelajar. Golongan petani, penoreh, nelayan, pekebun serta tidak ketinggalan para nelayan yang bertarung di lautan samudera mengharung ombak dan badai menyediakan protien buat setiap rakyat,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media.

Tambah Jamil Khir, pengumuman Perdana Menteri yang melonggarkan pembayaran pinjaman bank moratorium serta juga bantuan buat golongan peniaga serta peniaga peniaga kecil amat tepat pada masanya kerana ia mampu meringankan beban rakyat.

“Kepada pengusaha pelancongan dan perhotelan pakej bantuan tidak ketinggalan diberikan. Buat mereka yang bergelar hero rakyat, pejuang di barisan hadapan, frontliner diberi imbuhan khas walaupun semuanya sedar pengorbanan anda tidak dapat dinilai dengan wang ringgit kerana anda semua mempertaruhkan nyawa kalian demi kesejahtera nyawa rakyat Malaysia. Anggaplah ini rasa terima kasih kami semua buat kalian.

“Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara walaupun sudah tidak berada di arus perdana perkhidmatan namun mereka juga tidak ditinggalkan disaat getir ini. Pemandu teksi dan e-hailing tidak dikesampingkan.

“Pendek kata pakej ransangan disaat perintah sekatan pergerakan ini, amat mengujakan rakyat. Justeru, saya berharap pengagihan semua peruntuhkan ini mestilah berkesan dan cekap selaras dengan pengumuman yang sebegini hebat,” ujar beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.