KPT Jamin Tiada Isu Pelajar Universiti Diarah Pulang Sebaik Tiba Di Kampus 1 Mac Ini

BANGI, 18 Feb – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan tiada pelajar daripada enam kategori yang dibenarkan kembali ke kampus pada 1 Mac ini akan diarah pulang ke rumah sebaik tiba di universiti masing-masing. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata proses pendaftaran masuk semula pelajar ke kampus adalah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan […]

» Read more

PH Laung Konon Bersih… Tapi Bekas Pegawai Menteri Ditahan Kes Rasuah – Zahida

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mempersoal kenyataan-kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa pemimpin lain sebelum ini yang sering melaungkan kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata ini kerana seorang pegawai kanan kepada bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia […]

» Read more

Impak COVID-19: Wujudkan Pelan Tindakan Khusus Bantu Wanita, Keluarga – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Mengambil kira impak COVID-19 terhadap kaum wanita yang merupakan antara golongan rentan terjejas akibat penularan pandemik itu di negara ini, satu Pelan Tindakan Khusus Untuk Wanita dan Keluarga Semasa Pandemik perlu dibangunkan segera. Cadangan itu disuarakan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Jalil yang menyatakan pelan komprehensif khas berkenaan penting untuk survival […]

» Read more

Ismail Sabri Buat Laporan Polis, Video Lama Tular Berniat Jahat, Fitnah, Kelirukan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Menteri kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung klip video lama yang baru-baru ini tular di media sosial dan telah diolah serta dimainkan semula untuk tujuan berniat jahat, fitnah dan mengelirukan rakyat. Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Azlina Rosdy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini. Ujarnya, […]

» Read more

Pengangguran Semakin Melonjak… Kesannya Pelbagai – Zahida

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kadar pengganguran pada tahun lepas 2020 lebih daripada 772,000 atau 4.5% kadar pengangguran yang telah direkodkan oleh Jabatan Statistik Negara. Katanya, dijangkakan ia akan terus melonjak pada tahun 2021 ini dengan perlaksanaan baru Perintah Kawalan […]

» Read more

Kaji Semula Keputusan Beri Vaksin COVID-19 Percuma Kepada Warga Asing, Majikan Juga Perlu Bertanggungjawab – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata pihak kerajaan perlu mengkaji semula keputusan pemberian vaksin COVID-19 kepada warga asing secara percuma kerana ia menggunakan kos amat tinggi dan akan membebankan perbelanjaan negara. Katanya, setakat tahun 2020, terdapat hampir 1.5 juta orang warga asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di […]

» Read more

Elakkan ‘Double Standard’

SOP baharu bagi anggota Kabinet kembali ke tanah air selepas tugas rasmi di luar negara yang diumumkan semalam menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat. Peraturan baharu memendekkan tempoh kuarantin khas bagi anggota Kabinet dari 10 hari ke 3 hari. Apa sahaja penjelasan teknikal yang diberikan, dalam keadaan kesempitan rakyat hari ini, sukar untuk menjustifikasikan keputusan ini dari sudut moral. Bukan […]

» Read more

Kerajaan Perlu Ambil Berat, Bantu Petani Berdepan COVID-19 – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil berat hal berkaitan pesawah dalam berdepan dengan situasi hari ini. Ini kerana katanya, ada dasar-dasar baru yang dilaksanakan kerajaan memberi beban kepada rakyat. “Saya membangkitkan tiga isu yang membelenggu pesawah iaitu padi di Selangor tidak boleh dijual keluar dari negeri, pembelian […]

» Read more

Dulu BN Tubuh Skuad Elit PDRM, Kerajaan 22 Bulan Bubar Tanpa Ambil Kira Indeks Jenayah – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, semasa beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014 telah mencetuskan idea penubuhan tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING). Jelasnya, idea penubuhan […]

» Read more

19 Premis Tidak Patuh SOP PKP Dikompaun – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Sebanyak 19 premis dikompaun semalam kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tindakan itu dibuat menerusi pemeriksaan khas pematuhan SOP oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di 1,330 premis perniagaan. “Daripada jumlah […]

» Read more
1 208 209 210 211 212 284