ATM Dirikan Hospital Medan Di Lima Negeri Terjejas Teruk COVID-19 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan Hospital Medan di lima negeri yang dikenal pasti berdepan penularan jangkitan harian COVID-19 yang tinggi ketika ini. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lima negeri berkenaan ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Beliau berkata usaha bagi mengurus dan meredakan situasi di kesemua negeri berkenaan […]

» Read more

Notis Usul RUU Pemecatan Ahli Parlimen Telah Dihantar Ke YDP Dewan Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan beliau telah menghantar suatu notis Usul kepada Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan semalam. Jelas Azalina usul RUU yang dicadangkan bertajuk Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 yang disifatkan beliau selari dengan […]

» Read more

Sebanyak 65.1 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Suntikan Vaksin Setakat Semalam – JKJAV

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin […]

» Read more

COVID-19: Lebih 14.8 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Vaksin – JKJAV

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Seramai 14,886,006 individu atau 63.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, seramai 19,621,799 individu atau 83.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi […]

» Read more

Mahdzir Tekad Utamakan Agenda Perkasa Masyarakat Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memulakan tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar secara rasmi hari ini, berjanji akan memastikan agenda pemerkasaan masyarakat luar bandar terus utamakan. Beliau berkata pelantikannya untuk menerajui kementeraian itu adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul, demi memastikan kelancaran pentadbiran negara dan juga kemajuan luar bandar serta masyarakatnya. Katanya pengalaman […]

» Read more

Menteri, Timbalan Menteri Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Seramai 30 menteri dan 37 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah […]

» Read more

Belasungkawa: Perjuangan Tun Sakaran Demi Sosioekonomi, Pendidikan Rakyat Sabah

KOTA KINABALU, 30 Ogos – Negara khususnya Sabah, hari ini kehilangan seorang tokoh yang tidak pernah jemu berjuang demi meningkatkan tahap sosioekonomi dan pendidikan rakyat, serta syiar Islam di negeri ini, setelah pemergian Tun Sakaran Dandai, awal hari ini. Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles di sini pada pukul 5.30 pagi tadi setelah dirawat […]

» Read more

Hishammuddin Kembali Jadi Menteri Pertahanan Dalam Kerajaan Berbeza

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini kembali semula menganggotai barisan Kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau yang memiliki pengalaman luas dalam kerajaan, kembali ke jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan – jawatan yang dipegangnya semasa era pentabiran Barisan Nasional (BN) pada 2013, di bawah pentadbiran perdana menteri keenam […]

» Read more

Kabinet Baharu, Pelantikan Semula Menteri Kewangan Diharap Penuhi ‘Tuntutan Rakyat’ – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap pelantikan semula Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai menteri kewangan akan dapat penuhi segera ‘Tuntutan Rakyat’. Katanya, hal ini berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) , Bantuan Khas COVID-19 (BKC), moratorium, i-Citra 10 ribu ‘lump-sum’, suntikan fiskal tambahan, isu birokrasi dalam rayuan dan lain-lain. […]

» Read more

Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri 2021

PUTRAJAYA, 27 Ogos – Berikut adalah senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini hari ini. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri Kanan: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri: Senator Datuk Lim Ban Hong Kementerian Pertahanan Menteri Kanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul […]

» Read more
1 190 191 192 193 194 284