COVID-19: Lebih 14.8 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Vaksin – JKJAV

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Seramai 14,886,006 individu atau 63.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, seramai 19,621,799 individu atau 83.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,490,572 dos.

Menurut JKJAV, 60.1 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 45.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 361,381 dos dengan 181,281 daripadanya merupakan dos pertama manakala 180,100 telah melengkapkan penerimaan dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – BERNAMA