Tekad Kembalikan Kepercayaan Akar Umbi, Bina Semula UMNO – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 23 Feb – Demi mengembalikan semula kepercayaan akar umbi, UMNO perlu menghayati konsep ‘Bina Semula’ terutama sekali dalam mendepani situasi politik yang semakin mencabar ini. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pelbagai perubahan perlu dilakukan terutamanya dari segi gerak kerja khususnya untuk menarik semula sokongan rakyat. “Demi mengembalikan semula kepercayaan akar umbi, saya percaya […]

» Read more

Pemilihan 2023 Medan Terbaik Perkasa Agenda Membela Masa Depan UMNO – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berpandangan bahawa Pemilihan UMNO 2023/2026 adalah medan terbaik bagi memperkasa agenda membela masa depan bangsa melalui UMNO. Katanya, agenda itu penting untuk dilaksana bagi memastikan parti keramat ini terus relevan di samping meraih sokongan rakyat. “Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlalu dan kita ada […]

» Read more

Ahli UMNO Matang Buat Pilihan Tepat, Semarakkan Demokrasi Depani Pemilihan – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Demokrasi yang ditunjukkan oleh ahli parti dalam melaksanakan persidangan dan pemilihan UMNO Peringkat Cawangan menunjukkan kematangan sebuah parti penuh pengalaman dan pengetahuan di sebalik pelbagai ujian dan pancaroba yang dihadapi selama ini. Ketua Penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata anasir perpecahan yang cuba disuntik gagal menggoyahkan kemuafakatan ahli parti, sebaliknya kematangan ahli […]

» Read more

Adakah Kerajaan Kedah Cuba Lindungi Peneroka Haram REE? – Shaiful

ALOR SETAR, 10 Feb – Siri tangkapan terbaharu yang melibatkan puluhan tenaga kerja warga asing yang disyaki melakukan penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram adalah sangat mengecewakan rakyat Kedah terhadap kaedah Kerajaan Negeri terbabit menjaga sumber bumi negeri ini. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaifol Hazizy Zainol Abidin berkata selaku pihak yang memegang kuasa tertinggi negeri Kedah, kecurian REE […]

» Read more

Pemilihan Ke Arah Penyatuan UMNO, Usaha Perkukuh Parti Demi Kesinambungan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Pemilihan UMNO yang berlangsung serentak dengan mesyuarat untuk peringkat Cawangan telah bermula 1 hingga 26 Februari ini. Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menekankan bahawa persidangan dan pemilihan UMNO di peringkat akar umbi adalah manifestasi keseimbangan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berorganisasi, patuh pada perundangan dan […]

» Read more

Kepimpinan Tertinggi UMNO Telah Perjelas Hala Tuju Parti Semasa PAU – Isham Jalil

KUALA TERENGGANU, 5 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil menjelaskan bahawa pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini kepimpinan tertinggi telah jelas menyatakan hala tuju parti ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Ini kerana katanya, akar umbi UMNO haruslah pandang ke hadapan dan melihat hala tuju yang dibawa oleh kepimpinan pusat. “Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah […]

» Read more

PRN: UMNO/BN Selangor Setuju Meterai Kerjasama Bersama PH

SHAH ALAM, 4 Feb – UMNO Negeri Selangor telah bersetuju dengan keputusan dicapai dan akan memulakan rundingan secara rasmi bersama Pakatan Harapan (PH) dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak berkenaan PRN di negeri itu sebelum ini hanya […]

» Read more

Ahli UMNO Kuala Nerus Hantar Aduan Kepada Ros Tidak Wakili UMNO Terengganu – Ahmad Said

DUNGUN, 22 Jan – Tindakan seorang ahli UMNO Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah bersifat peribadi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian UMNO Terengganu. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan […]

» Read more

REE Kedah: Syarikat Baru Empat Bulan Tubuh Tandatangan MoU Timbulkan Tanda Tanya

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa agar Kerajaan Negeri tidak tamak dan mematuhi garis panduan kementerian di peringkat pusat seperti kerajaan lain yang turut mempunyai sumber REE di negeri mereka. Menurut beliau Kedah bukan satu-satunya negeri yang kaya dengan sumber REE namun kenapa hanya negeri berkenaan yang paling tergesa-gesa mahu […]

» Read more
1 33 34 35 36 37 160