Pilih Calon Yang Boleh Perkasa Dan Perteguhkan UMNO – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU 12 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan sayap-sayap UMNO semalam adalah satu perkembangan yang baik.

Katanya, calon-calon yang terbaik dan terpilih pada Pemilihan UMNO ini bertanggungjawab bagi memperkasa dan perteguhkan lagi parti ini.


“Saya harap calon-calon pilihlah yang terbaik dikalangan yang baik-baik dan kalau tidak pilih semua janganlah tolak semua. Yang cari bukannya pemimpin dari sesuatu negeri saja, yang akan pilih bukannya calon yang mewakili sesuatu kelompok saja dan pilih adalah calon-calon yang akan dapat terus memperkasa dan memperteguhkan UMNO.

“Calon-calon yang menjadi Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) terutamanya terdiri dari kalangan yang komited dan memperlihatkan ketaatsetiaan kepada parti yang boleh membantu hubungan parti dan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan nanti pada tahun ini.

“Semua kepimpinan yang dipilih ini dapat membantu parti untuk memenangkan calon-calon dalam PRN pada kali ini. Apatah lagi diketahui bahawa dalam enam negeri dan akan hadapi masalah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengenalan calon-calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, sempena Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 peringkat negeri Johor, di sini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengharapkan kepimpinan yang dipilih ini dapat membantu parti untuk memenangkan calon-calon dalam PRN.

“Saya memerlukan satu pasukan yang kuat untuk membantu saya dan yang penting bukan diri saya tetepi UMNO harus kuat semula.  

“Kita bekerja sebagai satu pasukan. Mudah-mudahan sesiapa yang menang diberikan pengiktirafan, jangan menganiaya yang kurang berjaya … yang kurang berjaya dan tidak dapat (tempat) sebagai satu barisan bantulah kawan-kawan menang untuk UMNO  kembali perkasa.

“Saya yakin perwakilan semakin bijak dan mengetahui ‘sekilas ikan di air akan tahu mana jantan dan betinanya’, ‘yang mana kaca dan mana yang intan’,” katanya lagi.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, walaupun jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan mengikut resolusi namun tetap akan datang ke setiap negeri.

“Saya tetap datang ke setiap negeri untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang menawarkan diri dan komitmen untuk bersama-sama UMNO Negeri.

“Selamat berjuang dan teruslah menjalankan tugas sebagai tokoh-tokoh UMNO yang akan memperkasakan UMNO Malaysia keseluruhannya,” ujarnya lagi. – UMNO Online


@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.