Pemilihan UMNO 2023: JPU Sahkan Keputusan Rasmi Wanita, Pemuda Dan Puteri Peringkat Pusat

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad hari ini mengesahkan keputusan rasmi Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bagi sesi 2023/2026.

Jelasnya, keputusan itu diperolehi selepas melakukan penjumlahan undi yang telah dimuktamadkan pada tengah hari tadi.

“Pada 12 tengah hari telah selesai penjumlahan undi-undi berdasarkan laporan yang diterima daripada Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri.

“Seperti mana yang sedia maklum dua bahagian iaitu Tanah Merah dan Kota Kinabalu terkecuali daripada Pemilihan serta mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

“Jadi daripada 191 hanya 189 bahagian yang mengambil bahagian dan terlibat dalam proses Pemilihan 2023 di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya ketika mengadakan sidang media khas di Auditorium, Menara Dato’ Onn petang tadi.

Beliau turut memaklumkan terdapat beberapa bahagian yang ditangguhkan mesyuaratnya dan perlu mengadakannya semula sebelum 18 Mac ini.

“Jumlah perwakilan yang terlibat sepatutnya 164,000 orang yang terlibat dalam proses pemilihan 2023 Wanita dan sayap-sayap keputusan dilambatkan kerana ada bahagian yang lewat menghantar keputusan kepada bilik gerakan.

“Bagi Puteri, bahagian yang tidak terlibat dalam Pemilihan ini adalah Batu Kawan manakala bagi Pemuda iaitu bahagian Titiwangsa, Semporna ditangguhkan serta Wanita ialah Kuala Kedah,” ujar beliau.

Shahrir dalam pada itu berkata terdapat beberapa bantahan yang diterima pihaknya membabitkan Wanita di bahagian Kulim-Bandar Baru, Pekan, Pasir Salak, Sungai Besar dan Rompin manakala bagi Pemuda ialah Sekijang, Semporna, Langkawi, Kuala Krau dan Temerloh.

Beliau juga tidak menolak pertambahan bantahan dikemukakan memandangkan tempoh tiga hari diberikan bermula hari pengundian tersebut. UMNO Online

Berikut merupakan keputusan rasmi yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia:

EXCO PUSAT 2023 – 2026 – 4

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.