Pas Makin Ganas Keluar Fatwa Politik Pecah-belahkan Orang Melayu – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Pas dilihat semakin ganas dalam mengeluarkan fatwa politik yang memecah-belahkan orang Melayu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Jelasnya, pihak lawan sengaja mengapi-apikan kerjasama UMNO dan Dap yang menerajui Kerajaan Perpaduan pada ketika ini. “Pihak lawan menjadikan kerjasama UMNO-Dap fokus untuk lemahkan Kerajaan Perpaduan. Apa sahaja kenyataan pemimpin atau […]

» Read more

Sudah 66 Tahun Malaysia Merdeka, Tiada Keperluan Pinda Perlembagaan Babitkan Jawatan PM – Puad

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan tiada keperluan untuk meminda Perlembagaan membabitkan jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh orang Melayu. Katanya ini kerana, perkara itu tidak perlu dimainkan oleh pembangkang kerana sejak merdeka lagi sememangnya Perdana Menteri adalah dalam kalangan orang Melayu. “Pemimpin Perikatan Nasional (PN) ambil peluang […]

» Read more

‘Wan Fayhsal Simpan Sikit Bebal Tu’ – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai bebal. Kritikan Puad itu ekoran kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh orang Melayu. Beliau […]

» Read more

Isham Terima Surat Status Keahlian Dalam Masa Terdekat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dia (Isham) akan terima surat dalam masa terdekat,” kata Ahmad Zahid secara ringkas sebagi menjawab kenyataan Isham yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada UMNO mengenai status keahliannya […]

» Read more

Saya Garang? Itu Hanya Sangkaan… Saya Tegas Dalam Membawa Suara Rakyat – Raja Mohamed Affandi

KEMAMAN, 27 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor menafikan persepsi beberapa pihak yang mengatakan beliau seorang yang garang hanya disebabkan berlatarbelakangkan seorang bekas tentera. “Dalam hal ini jika mahu menjadi ahli Parlimen yang baik, salah satunya adalah tegas. Ketegasan itu bukan sahaja dapat membantu dari segi keperluan, kehendak rakyat yang diwakili. […]

» Read more

Manfaatkan PRK Pilih Calon BN Untuk Salurkan Suara Rakyat Kemaman – Rozabil

KEMAMAN, 25 Nov – Rakyat Kemaman perlu memanfaatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemanan ini dengan memilih calon yang berkredibiliti dalam membawa suara mereka pada kerajaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman. Katanya, ini kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan adalah penting bagi memastikan agenda pembangunan dapat terus dilaksana ditambah pula tiada wakil ahli Parlimen kerajaan […]

» Read more

Khidmat Kepada Rakyat Tidak Asing, Platform Politik Diberi BN Dimanfaat Sebaiknya – Raja Mohamed Affandi

  KUALA LUMPUR, 17 Nov – “Sebenarnya 43 tahun dalam tentera ni tidak jauh beza terutama apabila kita sentiasa akrab bersama masyarakat kerana salah satu penugasan tentera adalah sentiasa bersama rakyat.” Demikian luahan calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkenaan jalinan mesra beliau bersama rakyat […]

» Read more

Kemaman Dekat Di Hati Raja Mohamed Affandi, Yakini Kematangan Pengundi Buat Pilihan Terbaik

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berharap pengundi di Kemaman untuk membuat pertimbangan yang rasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Disember ini demi masa hadapan terbaik mereka. Katanya, kehadiran beliau dalam PRK sebagai calon Barisan Nasional (BN) adalah bagi memberikan kembali manfaat kepada penduduk di kawasan ini kerana Kemaman amat dekat […]

» Read more

PRK Kemaman: Seluruh Jentera Akan Usaha Sebaik Mungkin, Menangkan Calon BN – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Seluruh jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan calon ditandingi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman ini. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, calon yang diletakkan oleh UMNO/BN merupakan seorang dihormati dan disanjungi. “Calon UMNO/BN untuk PRK Kemaman seorang yang dihormati dan disanjung ramai. Bukan sahaja di […]

» Read more

Sokongan Kepada PM: Strategi Permainan Psikologi Politik PN Sedang Memakan Diri

ALOR SETAR, 11 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beranggapan bahawa strategi permainan psikologi politik Perikatan Nasional (PN) sedang ‘memakan diri’ mereka sendiri. Ini kerana katanya, PN pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) menjangkakan bahawa akan berlaku ‘dominos effect’ iaitu penghijrahan ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan sehingga terbentuknya kerajaan yang mereka idamkan. “Dalam filem ‘3 […]

» Read more
1 540 541 542 543 544 593