Anwar Ulangi Sandiwara Bulan September – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Tentu ramai masih tidak dapat melupakan pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mendakwa sudah cukup majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008, menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Semua ini hanyalah gimik dan sandiwara politik Anwar Ibrahim bersempena bulan September yang begitu sinonim dengan sketsa […]

» Read more

Hina Tragedi Lahad Datu: Terbukti Warisan Tidak Layak Diangkat – Pengundi

LAHAD DATU, 22 Sept. – Dua hari lalu tular berkaitan video calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mendakwa pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara dan menganggap anggota-anggota keselamatan sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing. Biarpun sudah menzahirkan permohonan maaf dan masih menyalahkan pihak lain namun bagi […]

» Read more

PRN Sabah: Anak Muda Tolak Warisan, Tidak Mahu Terus Ditipu

  BARU SAPI, 21 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata, anak muda di Sabah sebenarnya telah menyedari mereka tertipu dengan janji manis parti Warisan. Ujar beliau, sepanjang 26 bulan Warisan mentadbir Sabah, rakyat khususnya anak muda mula nampak wajah sebenar parti tersebut yang serupa dengan Pakatan harapan (PH) di Semenanjung; suka berjanji namun […]

» Read more

Selepas Tertipu, ‘Ubah Balik’… Terbukti Hanya BN Bela Rakyat – Aslan Fadli

KALABAKAN, 21 Sept. – Hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat kerana terbukti bahawa parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH) yang berkuasa sebelum ini gagal, tegas Ketua Pemuda UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Shamsul Alang Katanya, jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, golongan muda adalah antara pemberontak yang membantu menjatuhkan BN sebagai kerajaan, maka ini adalah […]

» Read more

Warisan Janji Bulan Bintang… Tapi Bulan Tidak Timbul, Bintang Entah Ke Mana… – Aslan Fadli

KALABAKAN, 20 Sept – “Sebelum mencapai kemenangan Parti Warisan berjanji bulan bintang tapi ternyata apabila menang bulan tidak timbul dan bintang hilang entah ke mana.” Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul Alang yang membidas sikap Parti Warisan lantaran mengabaikan macam-macam janji kepada rakyat. “Mereka janji pada kita macam-macam tapi langsung tidak ada yang ditunaikan sedangkan dulu kata […]

» Read more

Teruskan Momentum Sokongan Anak Muda, BN Parti Pembela Rakyat – Andi

KALABAKAN, 19 Sept. – Jentera UMNO khususnya golongan muda diseru untuk meneruskan momentum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam kempen yang memasuki fasa kedua, kata calon BN DUN N71 Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandi. Katanya, anggota jentera BN hanya ada dalam seminggu lagi untuk menamatkan ‘larian’ dan sampai ke garisan penamat. “Terima kasih saya ucapkan kepada semua jentera Pemuda […]

» Read more

Warisan Naik Kerana Khianat… Mandat Rakyat PRU-14 Memang Pada BN, Ubah Balik – Asyraf

KALABAKAN, 19 Sept. – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa mandat rakyat negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah untuk BN namun bertukar apabila Parti Warisan sanggup mengkhianati rakyat. Katanya, BN Sabah tidak kalah pada PRU-14 lalu tapi kerana khianat maka kerajaan negeri pimpinan BN ketika […]

» Read more

Lupakan Warisan, Pilih BN Untuk Masa Depan Sabah – Afriz

KALABAKAN, 18 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Afriz Mohd Noor berkata inilah masanya untuk rakyat melupakan Parti Warisan kerana telah nyata bahawa parti terbabit penuh dengan penipuan sebaliknya tumpukan sahaja kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang berkaliber demi masa hadapan rakyat Sabah. Ujarnya, rakyat perlu membuat keputusan yang bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada 26 […]

» Read more
1 424 425 426 427 428 599