PRN Sabah: Anak Muda Tolak Warisan, Tidak Mahu Terus Ditipu

 

BARU SAPI, 21 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata, anak muda di Sabah sebenarnya telah menyedari mereka tertipu dengan janji manis parti Warisan.

Ujar beliau, sepanjang 26 bulan Warisan mentadbir Sabah, rakyat khususnya anak muda mula nampak wajah sebenar parti tersebut yang serupa dengan Pakatan harapan (PH) di Semenanjung; suka berjanji namun tidak ditunaikan.

“Sepanjang saya membantu kempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini, saya nampak anak muda sudah kembali meyokong Barisan Nasional (BN) kerana mereka mula sedar, sepanjang 26 bulan Warisan memerintah, mereka sebenarnya ditipu dengan janji manis termasuklah janji 40 ribu peluang pekerjaan untuk anak muda.

“Tapi apa yang berlaku, bukan peluang pekerjaan yang ada, bertambah lagi 50 ribu yang dibuang kerja. Perkara sebeginilah yang membuatkan anak muda mahu tukar balik Sabah ini kepada pemerintahan asal,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Justeru Hariri menyeru kepada para pengundi di Sabah khususnya anak muda agar jangan lagi mahu berfikir dan mencongak ingin mengundi parti mana pada 26 Sept ini kerana ia sudah jelas Warisan harus ditolak.

“Jangan fikir lagi… kita harus undi BN kerana ia penting untuk kita kembali menakluki Sabah demi kepentingan anak muda itu sendiri.

“26 Sept ini kita harus menghukum Warisan kerana kegagalan dan penipuan yang mereka buat. Jangan lagi kita izinkan mereka memperalatkan pengundi hanya kerana kuasa,” ujar beliau. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.