Selepas Tertipu, ‘Ubah Balik’… Terbukti Hanya BN Bela Rakyat – Aslan Fadli

KALABAKAN, 21 Sept. – Hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat kerana terbukti bahawa parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH) yang berkuasa sebelum ini gagal, tegas Ketua Pemuda UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Shamsul Alang

Katanya, jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, golongan muda adalah antara pemberontak yang membantu menjatuhkan BN sebagai kerajaan, maka ini adalah masa sesuai untuk perbetulkan kembali.

“Akibat daripada terpengaruh kepada janji-janji PH, anak muda menjadi antara pemberontak untuk menjatuhkan kerajaan. Ini kerana janji-janji untuk anak muda terlalu manis.

“Apa janji-janji mereka… janji untuk hutang PTPTN anak muda dihapuskan, nak berikan peluang perkerjaan, nak perbaiki ekonomi, terpengaruh ‘Sabah Ubah’ tapi sampai hari ini tak ada ubah apa-apa, jadi saya seru anak muda untuk ‘Ubah Balik’.”

Katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang diwujudkan kerajaan ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) namun jumlah bantuannya dikurangkan dan pemberian hanya pada orang-orang tertentu saja.

“Bantuan COVID-19 juga begitu yang tak diberikan kepada semua dan saya difahamkan bantuan ini langsung tidak ada di kampung ini,” ujarnya dalam ucapan ketika membantu kempen calon BN DUN N70 Kukusan, Chaya Sulaiman di Kampung Seri Menanti PDM Padang Terbang, semalam.

Ujarnya, kerajaan PH/Warisan ini ada juga bantu golongan bujang tapi bersyarat.

“Apa syaratnya mestilah golongan bujang yang berusia lebih dari 40 tahun… siapa yang belum kahwin pada usia 40 tahun… itu bujang terlajak dan berapa ramai yang memenuhi syarat ini?” soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak anak muda untuk sama-sama meneruskan usaha dan menangkan calon BN demi menolak penipuan yang telah dilakukan Warisan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.