Jangan Perjudi Nasib Lebih 400,000 Calon SPM, SVM, STAM Dan STPM – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 11 FEB – Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata mengikut rekod dan perangkaan untuk tahun 2020, jumlah calon yang berdaftar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah seramai 400,445 pelajar, manakala bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula seramai 8,371 orang untuk Semester 4. Katanya, bagi calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berdaftar pula […]

» Read more

Jangan Ada Dua Set Peraturan Berbeza Antara Rakyat Dan Pemimpin! – Asyraf

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Warta Kerajaan Persekutuan terbaharu di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara memaklumkan Jemaah Menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan selama 10 hari sebaliknya menjalani pemerhatian selama tiga hari. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk […]

» Read more

Perlukah Menteri Dikenakan Kompaun Ingkar PKP… Ada Kata ‘Double Standard’? – Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan perlukah menteri dikenakan kompaun apabila kelihatan mengingkari arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini kerana katanya, sejak negara dilanda COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rakyat sentiasa diingatkan supaya menjaga penjarakan sosial yang bertujuan memutuskan penularan wabak. “Jika ingkar arahan penjarakan sosial, rakyat perlu sediakan […]

» Read more

Wahai KWSP! Permudahkanlah, Usah Persulitkan! – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pemuda UMNO sekali lagi mendesak dan merayu agar Kewangan Simpanan Pekerja (KWSP) mempermudahkan pengeluaran i-Sinar terutamanya kategori 2 dengan memansuhkan segala syarat dan kriteria bagi membolehkan rakyat mengeluarkan wang simpanan mereka dengan segera. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sejak dari awal lagi pelbagai usaha telah dilakukan untuk meyakinkan kerajaan dan KWSP agar mempermudahkan […]

» Read more

Buku Tommy Thomas Perlu Disekat… Berunsur Fitnah, Berbaur Hasutan

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Selepas pelbagai pihak di seluruh negara membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas, Pemuda UMNO Bahagian Mersing tampil bersama wakil anggota komponen Barisan Nasional (BN) dari Pemuda MCA dan Pemuda MIC Bahagian Mersing bersama wakil Dewan Pemuda PAS Mersing membuat laporan polis. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing,  Azmir Zainal Abidin berkata, tindakan Tommy Thomas  mendedahkan […]

» Read more

Lagi Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas, Dakwa Segera Kerana Fakta Tidak Betul, Menghina, Fitnah

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas terus dibuat berhubung penerbitan buku berbentuk memoir ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah. Wanita UMNO Kedah mahu siasatan dilakukan segera kerana Tommy telah melanggar sumpah kerahsiaan jawatan dengan mendedahkan kepada umum bagi tujuan komersial, keuntungan dan sensasi […]

» Read more

Penuh Penghinaan, Tohmahan Prejudis… Tommy Thomas Perlu Didakwa – Hairi

JOHOR BAHRU, 7 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak kerajaan, pihak berkuasa dan PDRM untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas menerusi buku memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness kerana ia boleh mengganggu gugat ketenteraman awam, malah Tegas ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah yang juga ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Tommy Thomas boleh disifatkan menghasut dengan […]

» Read more

Segera Tubuhkan RCI Siasat Salah Laku Tommy Thomas… Perlunya Penilitian Khusus – Zahida

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata perlunya penelitian khusus dan segera dari satu suruhanjaya bebas untuk memutuskan langkah-langkah tindakan terhadap tingkah laku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan apa yang didakwanya. “Soal pendakwaan terpilih terhadap ramai pemimpinan UMNO dan pembatalan pendakwaan terhadap pemimpin Dap jelas melanggar prinsip keadilan dalam […]

» Read more

Tommy Thomas Tiada Integriti, Cemar Institusi Perundangan Negara – Syed Johan

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Tidak pernah dalam sejarah perkhidmatan awam negara, pegawai peringkat paling tinggi kerajaan yang telah menamatkan perkhidmatan mengeluarkan sebuah buku yang mendedahkan pelbagai rahsia negara yang belum pasti kesahihannya. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, walaupun ramai pemimpin telah membukukan pengalaman mereka sepanjang puluhan tahun menabur bakti dalam […]

» Read more

PKP Bersambung, Kerajaan Dirayu Penuhi Tuntutan Rakyat – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua akur dengan ketetapan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan matlamat untuk melandaikan lekuk COVID-19. Walau bagaimanapun, katanya, PKP 2.0 tidak sama dengan PKP yang pertama dahulu kerana ketika itu rakyat masih ramai boleh bertahan dengan sisa-sisa simpanan yang ada.  “Namun PKP 2.0 kali ini […]

» Read more
1 410 411 412 413 414 600