Segera Tubuhkan RCI Siasat Salah Laku Tommy Thomas… Perlunya Penilitian Khusus – Zahida

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata perlunya penelitian khusus dan segera dari satu suruhanjaya bebas untuk memutuskan langkah-langkah tindakan terhadap tingkah laku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan apa yang didakwanya.

“Soal pendakwaan terpilih terhadap ramai pemimpinan UMNO dan pembatalan pendakwaan terhadap pemimpin Dap jelas melanggar prinsip keadilan dalam negara kita.

“Prinsip kebebasan kehakiman negara amat tercemar. Ini pasti menghilangkan kepercayaan rakyat terutama generasi muda, juga masyarakat antarabangsa terhadap sistem kehakiman kita,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Seterusnya, Zahida juga menyatakan sokongan terhadap saranan Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dan kandungan buku Tommy yang bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Pagi tadi, dalam satu kenyataan Dr Asyraf berkata setelah meneliti kandungan buku karangan Tommy itu, terdapat tujuh asas yang mewajarkan penubuhan RCI iaitu mengenai isu penyalahgunaan kuasa dalam isu perlantikan hakim, kebebasan badan kehakiman, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan pengadilan, pendakwaan terpilih dan bersifat politik, perlanggaran sumpah kerahsiaan, perlanggaran etika untuk melobi jawatan peguam negara dan penghinaan kepada institusi perundangan negara. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.