Penuh Penghinaan, Tohmahan Prejudis… Tommy Thomas Perlu Didakwa – Hairi

JOHOR BAHRU, 7 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak kerajaan, pihak berkuasa dan PDRM untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas menerusi buku memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness kerana ia boleh mengganggu gugat ketenteraman awam, malah

Tegas ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah yang juga ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Tommy Thomas boleh disifatkan menghasut dengan fakta dan kenyataan prejudis serta semberono.

“Pergerakan Pemuda UMNO Johor sedar terlampau banyak dakwaan dan tuduhan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang bekas Peguam Negara yang kebanyakkannya bersifat prejudis dan tidak beretika,” katanya.

Terdahulu beliau telah membuat laporan polis berkaitan hal terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Larkin, petang semalam.

Turut hadir sama membuat laporan polis ialah Abu Talib Alias, Setiausaha UMNO Bahagian JB; Mubarak Kunyi, Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia dan Saudara Fairuz Azrie dari Dewan Muda Johor.

Mereka ini turut hadir bersama memberi sokongan dan mengecam tindakan Tommy Thomas.

Berikut adalah antara intipati laporan yang dibuat”

Pertama, tuduhan yang dilemparkan adalah dalam muka surat 28 buku berkenaan di mana Tommy Thomas mendakwa Bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak sebagai dalang kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, malah beliau juga mendakwa Tun Abdul Razak kononnya mendalangi insiden itu kerana tidak sabar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri disebabkan menghidap leukemia. Jelas, dakwaan ini bersifat prejudis dan bertujuan menghasut orang ramai.

Kedua, pada muka surat 342-343 buku beliau, Tommy Thomas mendedahkan bahawa, dalam satu pertemuan, pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak adalah diputuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas cadangan beliau yang “arif dengan semua hakim Mahkamah Persekutuan”. Pergerakan Pemuda UMNO Johor melihat ini sebagai penghinaan terhadap Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang berperanan besar di dalam proses pelantikan Hakim Mahkamah Atasan.

Ketiga, Tommy Thomas turut memperlekeh Timbalan-Timbalan Pendakwaraya malah keseluruhan Jabatan Peguam Negara yang dia sendiri terajui sebagai Peguam Negara. Dakwaan seperti ini boleh mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap keupayaan pegawai-pegawai di Jabatan Peguam Negara. Tuduhan pegawai kerajaan hanya menantikan pangkat, gaji dihujung bulan dan faedah pencen adalah satu penghinaan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab keluar dari mulut seorang vekas Peguam Negara.

Keempat
, paling mendukacitakan apabila Tommy Thomas berulang kali mencemuh parti UMNO di dalam penulisannya, bukan sahaja melontarkan dakwaan terhadap individu, malah ke atas seluruh institusi UMNO. Apakah tujuannya menulis sedemikian?

Kelima, Tommy Thomas turut mengulas insiden yang mengakibatkan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di muka surat 456 sehingga 460 dalam bukunya yang mengatakan “kecederaan Adib adalah diakibatkan pengunduran kenderaan Bomba dan kenderaan yang dinaiki Adib. Adib dilihat cuba memasuki kenderaannya dan ketika itulah beliau dihimpit (“pinned down”). Maka ia tidak disengajakan”. Dakwaan ini dilihat sebagai sesuatu yang menyeleweng dan terpesong daripada fakta sebenar yang telah diputuskan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor melihat ia sebagai satu penghinaan terhadap Koroner yang mengetuai Inkues Kematian Muhammad Adib. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.