Rakyat Terus Di Depan… Tanggapan UMNO Lebih Berpolitik Dakwaan Tersasar – Shahril

AYER HITAM, 5 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan hari ini menolak tanggapan kononnya parti itu lebih tertumpu kepada soal politik. Sebaliknya jelas beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, parti itu telah terkedepan dalam mengutarakan soal-soal melibatkan kepentingan rakyat dengan membangkitkannya untuk tindakan serta perhatian kerajaan.   “Soal tanggapan kononnya UMNO parti yang sentiasa berpolitik tidak tepat dan […]

» Read more

UMNO-PPBM: Gabungan Rakyat Sabah, Ahli-ahli Berautonomi Perlu Hormati Mandat Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain menyeru kepada ahli-ahli UMNO Sabah yang berautonomi agar menghormati mandat rakyat dengan menjaga kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walau apapun yang berlaku di peringkat Nasional selagi PPBM tidak mengkhianati. Katanya, sebagai permulaan, kerajaan GRS perlu fokus untuk tunaikan satu persatu AkuJanji yang telah dibuat semasa pilihan raya […]

» Read more

Ketetapan UMNO, Sewajarnya Tiada Lagi Pertikaian Berkenaan Hala Tuju Politik Parti – Shahril

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menekankan sewajarnya tiada lagi pertikaian berkenaan hala tuju politik UMNO. Katanya, UMNO ditanya, UMNO berbincang dan akhirnya membuat ketetapan dua perkara. Shahril berkata demikian merujuk kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 dan UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan […]

» Read more

Alhamdulillah… Pimpinan UMNO Sambut Keputusan Mahkamah Persekutuan Penuh Kesyukuran

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan UMNO sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan disambut dengan penuh kesyukuran. Beberapa pimpinan parti berkenaan meluahkan perasaan syukur dan terharu dengan keputusan tersebut dan mengharapkan seluruh ahli UMNO terus bersemangat untuk berjuang menerusi wadah parti terbabit […]

» Read more

UMNO Sabah Utamakan Kesejahteraan Rakyat, Tidak Main Politik – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain bersetuju dengan pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A.Gani Pg Amir yang tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Warisan kerana parti itu hanya tahu mempolitikkan setiap isu tanpa memikirkan kepentingan rakyat Sabah. Ulasnya, sepanjang pemerintahan Warisan di Sabah, rakyat semakin sengsara kerana tiada hala tuju […]

» Read more

Dokongan Ahli Perkukuh UMNO, Terus Berperanan Bela Rakyat Selepas Terlena Dengan Janji PH – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor percaya dan yakin, berbekalkan pengalaman dan kewibawaan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad, maka Johor mampu bangkit semula dan menempa nama selepas 22 bulan ‘terlena’ dari tidurnya ekoran dipimpin oleh sekelompok mereka yang tidak cakna dengan rakyat. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pada hari ini menyaksikan genap tempoh […]

» Read more

SOP ‘Flip Flop’, Kompaun Dinaikkan… Penderaan Kepada Rakyat – Exco Pemuda

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mustafa Shah Abdul Hamid menyifatkan langkah kerajaan yang menaikkan kadar kompaun terhadap mereka yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sebagai penderaan kepada rakyat. Katanya, langkah tersebut juga dilihat sebagai tindakan yang akan mengelirukan rakyat kerana kerajaan seringkali melaksanakan SOP yang tidak konsisten. “Secara asasnya saya bersetuju dengan keputusan kerajaan menaikkan […]

» Read more

Anti-UMNO Hentikan Mengadu Domba, Yang Penting Jujur Untuk Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta anti-UMNO hentikan mengadu domba tentang tua dan muda UMNO. Katanya, jangan khuatir kerana ahli dan barisan pimpinan UMNO setiap peringkat usia tahu dengan yakin kemampuan dan peranan masing-masing. “Gandingan pemimpin lama dan baru itulah yang membuatkan UMNO sebuah parti yang kuat. Sinergi padu zaman berzaman. Menggabungkan […]

» Read more

Pemuda Terus Fokus Membela Isu Rakyat, Bantu Rakyat Dan Perkasa Wadah

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pelbagai isu telah dibincangkan secara tuntas dan terbuka di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa sayap parti itu malam tadi. Katanya dalam satu hantaran di Facebook pagi tadi, mesyuarat yang diadakan secara dalam talian dengan kehadiran penuh selama tiga jam bermula pukul 9 malam telah membuat […]

» Read more

30 Tahun UMNO Sabah : Stabilkan Politik Negeri, Bawa Pembangunan, Bela Rakyat – Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kelahiran UMNO Sabah telah menstabilkan politik negeri berkenaan yang sebelum itu sering bergelora terutamanya politik bumiputera Islam dan UMNO telah berjaya menyatukan politik bumiputera Islam sehingga lahirnya kestabilan politik sepanjang 30 tahun yang lalu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata malah ramai orang bumiputera bukan […]

» Read more
1 205 206 207 208 209 599