Alhamdulillah… Pimpinan UMNO Sambut Keputusan Mahkamah Persekutuan Penuh Kesyukuran

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan UMNO sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan disambut dengan penuh kesyukuran.

Beberapa pimpinan parti berkenaan meluahkan perasaan syukur dan terharu dengan keputusan tersebut dan mengharapkan seluruh ahli UMNO terus bersemangat untuk berjuang menerusi wadah parti terbabit untuk agama, bangsa dan tanah air seluruhnya.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi catatannya di Facebook melahirkan  syukur terhadap keputusan tersebut dan semoga Allah terus memelihara UMNO.

“Alhamdulillah, usaha mengharamkan UMNO gagal apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan UMNO sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan. Allah pelihara UMNO! Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan turut melontarkan nada yang sama menerusi Facebook beliau sejurus keputusan berkenaan dimaklumkan dan berharap masing-masing meneruskan perjuangan.

“Alhamdulillah, UMNO menang di Mahakamah Persekutuan, selepas keputusan sebulat suara oleh lima hakim dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.

“Usaha 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan UMNO sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan telah gagal. Sama-sama kita terus berjuang dan pertahankan parti keramat, parti yang telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara,” katanya.

Sementara itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)  UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berkongsi berita berkenaan di facebook beliau dengan meletakkan tetingkap layar daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung berita berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasukan peguam UMNO.

“Selesai di Mahkamah Persekutuan hari ini. UMNO tidak diharamkan. Alhamdulillah. Tahniah kepada ‘team guaman’ UMNO,” ujarnya.

Tidak ketiggalan seorang lagi ahli MKT UMNO, Datuk Armand Azha Abu hanifah yang turut berkongsi keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini dengan turut meletakkan tetingkap layar daripada Ahmad Maslan berkaitan keputusan tersebut.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abd Aziz Julkarnain meletakkan #TerusBerjuang di dalam facebooknya dan turut mengucapkan syukur dengan perkembangan terbaru itu.

“Syukur Alhamdulillah. Cubaan jahat orang-orang tertentu untuk mengharamkan UMNO telah gagal apabila, pagi ini, 5 Hakim Persekutuan sebulat suara menolak semakan kehakiman oleh 16 bekas ahli UMNO. #TerusBerjuang,” ujarnya.

Hal yang sama turut dikongsi Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin dengan berkata keputusan mahkamah ini sekali gus menandakan bahawa UMNO adalah parti yang sah dan diiktiraf undang-undang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.