Perhimpunan Agung Khas UMNO Diadakan Pinda Dua Fasal Dalam Perlembagaan Parti – SUA

PONTIAN, 26 Dis – Satu perhimpunan agung khas akan diadakan semasa perhimpunan tahunan UMNO bulan depan bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata perhimpunan itu akan diadakan selepas ucapan dasar Presiden pada 13 Jan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, dan notis untuk perhimpunan itu telah diberikan menerusi […]

» Read more

Kunci UMNO Kembali Bangkit, Bertaut Kepada Akar Umbi Dan Disiplin Kepartian

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Kunci untuk UMNO kembali menggembleng kekuatan adalah dengan kembali bertaut kepada akar umbi dan ahli-ahli serta mengamalkan disiplin kepartian. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Farhan Khairuddin berkata, gerak kerja yang bersepadu memerlukan disiplin bagi memastikan UMNO kembali diterima oleh rakyat. “UMNO perlu segera menguatkan kekuatan dalaman parti, menghentikan persengketaan dan mengukuhkan kesepaduan antara kepimpinan, […]

» Read more

UMNO Bangkit… Move Forward, Keluar Dari ‘Comfort Zone’

KUALA LUMPUR, 26 Dis – UMNO perlu move forward dan keluar daripada comfort zone untuk kembali bangkit serta menyusun semula strategi supaya diterima oleh rakyat. Pengarah Komunikasi Strategik Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nazrin Faiz berpendapat, UMNO juga perlu meningkatkan usaha dengan mengenal pasti cara dan kaedah beberapa program yang sedia ada untuk ditambah baik lagi pada masa akan […]

» Read more

Semangat Juang Presiden UMNO Wajar Didukung Untuk Kemudi Parti – Mohamad Najib

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Semangat juang dan kekentalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menempuh segala ranjau menunjukkan sifat sebenar seorang pejuang yang ikhlas dan tidak mengaku kalah. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Najib Samuri berkata, selayaknya Ahmad Zahid diberi dukungan kuat untuk terus mengemudi bahtera parti. “Semangat juang dan kekentalan Presiden UMNO […]

» Read more

Isu Nasional Perlu Dikuasai Sebaiknya Akar Umbi UMNO – Shahril

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berpandangan peringkat kepimpinan bahagian dan cawangan perlu memainkan peranan tersendiri dalam menangani isu nasional. Katanya ini kerana, memberi khidmat bakti semata-mata tidak memandai sekiranya isu di peringkat nasional membelenggu pengundi tempatan tanpa diberikan penjelasan yang secukupnya. “Dahulu kita selalu cakap jaga cawangan, pusat daerah mengundi, kalau semua […]

» Read more

Anggota Kabinet UMNO/BN Kompeten, Berpengalaman Luas – Muhammad Farhan

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Farhan Khairuddin menzahirkan keyakinan beliau terhadap pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) yang dilantik untuk menganggotai kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini. Jelasnya, lima orang menteri yang dilantik daripada UMNO/BN jelas mempunyai pengalaman yang luas khususnya dalam hal ehwal pentadbiran negara. “Saya menzahirkan keyakinan kerana kalau kita lihat sepuluh pemimpin yang menyertai kabinet […]

» Read more

UMNO/BN Kekal Berprinsip, Kerjasama Kerajaan Perpaduan Junjung Prinsip Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri bertegas menolak dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan UMNO hilang prinsip kerana bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan. Katanya ini kerana, UMNO/Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengambil keputusan untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan ketetapan itu secara jelas […]

» Read more

Anak Muda Jangan Putus Asa, Terus Istiqamah Dalam Perjuangan UMNO/BN

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Anak muda yang setia kepada perjuangan UMNO/Barisan Nasional (BN) dinasihatkan untuk tidak berputus asa dan beristiqamah dengan mendalami semula segala kekurangan serta memperbaikinya dari pelbagai aspek. Pengarah Komunikasi Strategik Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nazrin Faiz berkata, tugas untuk mengambil kembali hati rakyat perlu dilaksanakan dengan sebaiknya bagi menjamin kelangsungan parti. “Kepada anak muda […]

» Read more

Pasca PRU15: Kenal Pasti Dan Tambah Baik Kekurangan… Persediaan UMNO Hadapi Cabaran

KUALA LUMPUR, 29 Nov – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu mengenal pasti dan mengubah suai segala kekurangan yang dimiliki bagi menghadapi pelbagai cabaran terutamanya pertambahan pengundi muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak. Pengarah Komunikasi Strategik Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nazrin Faiz berkata, usaha tersebut penting untuk dilakukan bagi memastikan kesediaan parti dalam tempoh lima tahun lagi. “Saya […]

» Read more

UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari

KUALA LUMPUR, 28 Nov – KUALA LUMPUR, 1 Nov – Bendahari Pemuda UMNO Malaysia, Johari Yazid menekankan bahawa UMNO perlu kembali kepada displin dan hierakinya untuk menstabilkan parti. Ujar beliau, anggota parti harus belajar dari situasi lalu iaitu Perdana Menteri (PM) yang dilantik bukannya Presiden parti dan secara tidak langsung mengundang pelbagai masalah dalaman parti. Beliau berkata demikian ekoran perkembangan […]

» Read more
1 165 166 167 168 169 598