UMNO Bangkit… Move Forward, Keluar Dari ‘Comfort Zone’

KUALA LUMPUR, 26 Dis – UMNO perlu move forward dan keluar daripada comfort zone untuk kembali bangkit serta menyusun semula strategi supaya diterima oleh rakyat.

Pengarah Komunikasi Strategik Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nazrin Faiz berpendapat, UMNO juga perlu meningkatkan usaha dengan mengenal pasti cara dan kaedah beberapa program yang sedia ada untuk ditambah baik lagi pada masa akan datang.

“Kita perlu move forward meskipun telah terang-terangan ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu. Saya melihat cara untuk mengembalikan sokongan ataupun kekuatan UMNO ini adalah dengan keluar daripada comfort zone ataupun keadaan biasa yang kita laksanakan sebelum ini.

“Kita kena kenal pasti dari segi GOTV bersesuaian, kenal pasti cara pendekatan kita adakah ianya parallel, kita perlu lihat juga war room kita adakah ianya relevan ataupun advance supaya ianya dapat memberikan kajian sikap yang terbaik dan bukan retorik sahaja,” katanya kepada UMNO Online.

Menurut Mohd Nazrin, lantikan beberapa pimpinan utama UMNO sebagai menteri dalam kabinet Kerajaan Perpaduan turut memberikan satu keyakinan jelas kepada ahli parti berdasarkan track record perkhidmatan mereka sebelum ini.

“Saya melihat kepimpinan kanan UMNO diberikan ruang dalam kabinet seperti Presiden UMNO yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden juga diangkat sebagai Menteri Pertahanan dan ramai lagi pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) telah diberikan amanah.

“Pelantikan-pelantikan ini sudah semestinya memberikan satu keyakinan lebih jelas bukan sahaja kepada ahli parti, tetapi ianya akan membawa kepada keputusan kolektif lebih berkesan kerana berdasarkan pengalaman track record pimpinan kita yang tentunya berfungsi dengan sangat signifikan dalam kabinet sebelum-sebelum ini, ditambah juga dengan adunan kerjasama baharu bersama Pakatan Harapan (PH) dan gabungan-gabungan lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Nazrin turut melihat bahawa kerjasama yang dirangka membentuk Kerajaan Perpaduan itu akan memberikan satu keyakinan kepada kepimpinan UMNO untuk melihat impak positif yang akan disusun untuk rakyat.

“Saya lihat kerjasama ini juga akan membawa kepada satu keyakinan kepada kepimpinan UMNO dalam parti untuk melihat apakah impak-impak positif yang akan memberikan manfaat kepada rakyat marhaen di luar sana.

“Selaku pimpinan kecil, saya melihat ini adalah satu tindakan yang terbaik terutamanya untuk memastikan parti dapat bergerak dengan lebih baik dan ianya diterjemahkan dengan keberadaan ramai pemimpin kita di kementerian-kementerian yang sangat penting terutamanya bagi membangunkan negara pasca PRU ke-15,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.