Mesyuarat Cawangan Manifestasi Keistimewaan UMNO, Miliki Akar Umbi Yang Kukuh

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Mesyuarat cawangan manifestasi kepada keistimewaan dimiliki UMNO kerana kekuatan akar umbi yang kukuh, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari. Beliau berkata, perkara ini terbukti apabila UMNO merupakan satu-satunya parti Melayu terbesar, malah parti-parti lain juga tidak memiliki keahlian parti yang berstruktur seperti parti keramat ini. “UMNO ini satu parti yang sangat cantik […]

» Read more

Bung Moktar Gesa Perkasa Komunikasi UMNO Sabah, Semarakkan Perjuangan Demi Masa Depan

KOTA KINABALU, 18 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa anggota parti untuk memperkasakan komunikasi dalam UMNO bagi memastikan maklumat, mesej dan segala isu yang timbul dapat disampaikan dengan jelas. Katanya, pelbagai isu tempatan yang berlaku dalam lingkaran masyarakat perlukan pembelaan dan UMNO mempunyai jentera namun perlu memahami dan mengetahui pendekatan bagi memastikan pembelaan […]

» Read more

‘Ukur Baju Pada Badan Sendiri Sebelum Nak Ganti UMNO’ – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak dakwaan adanya parti yang mahu menggantikan UMNO dan berharap mereka untuk mengukur baju di badan sendiri. Menurut beliau, ini kerana UMNO adalah sebuah parti keramat yang tidak boleh digantikan dengan parti lain kerana jasa dan khidmatnya kepada rakyat dalam 78 tahun kewujudannya. “Ukur baju badan […]

» Read more

Kemenangan PRK KKB Bukti Kepimpinan, Gerak Kerja UMNO Masih Relevan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan beranggapan bahawa kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu membuktikan pemimpin dan gerak kerja UMNO masih relevan. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, UMNO akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bangkit semula bagi memberi perkhidmatan […]

» Read more

Tidak Ada Parti Lain Boleh Gantikan UMNO, Jasa Terlalu Banyak Demi Perjuangan Bangsa – Tengku Hafiz

KUALA LUMPUR, 14 Mei – UMNO akan sentiasa menjadi wadah perjuangan orang Islam dan parti ini akan sentiasa mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta memelihara kedudukan raja-raja Melayu. Sehubungan itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan menegaskan bahawa adalah mustahil ada mana-mana parti boleh menggantikan UMNO lantaran jasanya yang terlalu banyak. “Nak ganti UMNO … pada […]

» Read more

SUA Teruskan Jelajah Ke UMNO Sungai Siput, Diskusi Isu Semasa Bersama Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meneruskan siri jelajah bertemu kepimpinan bahagian dalam usaha mengukuhkan lagi parti keramat ini. Setelah ke UMNO Bahagian Port Dickson dan Masjid Tanah hujung minggu lalu, beliau pada Ahad ke UMNO Bahagian Sungai Siput bertemu dengan akar umbi untuk berdiskusi hala tuju parti dan isu-isu semasa negara. “Meneruskan […]

» Read more

Ahmad Zahid Rasmikan Persidangan Cawangan, Yakin Lebih Ramai Bakal Sertai UMNO

BAGAN DATUK, 12 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Mesyuarat Cawangan-cawangan Empat Peringkat UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini dan yakin bahawa lebih ramai masyarakat akan menyertai parti keramat itu. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur kerana meskipun terdapat segelintir ahli meninggalkan parti ketika pergolakan politik berlaku, tiada satu pun cawangan […]

» Read more

Tauladan PRK KKB… Cabaran Perjalanan Perjuangan UMNO

PRK antara paling sukar pernah saya hadapi sejak bergiat dengan politik tanah air bermula tahun 1988 ialah di KKB. Sukar sungguh. KKB, Kiri Kanan Bukit, kata penduduk tempatan, bukit-bukit cabaran perjalanan perjuangan. Namun digagahi juga untuk pergi balik dalam tempoh 12 hari, 12 kali ke sana. Tugas untuk menawan hati pengundi Melayu agar mengundi calon Dap Sdri Pang Sock Tao […]

» Read more

6 PDM Melayu Kembali Dirampas, Tahniah Seluruh Jentera UMNO Dan BN – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merakamkan setinggi-tinggi syabas dan penghargaan kepada seluruh jentera UMNO terutamanya Bahagian-bahagian Negeri Selangor termasuk jentera utama Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO yang berjaya membantu calon Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, semalam. Katanya, kejayaan ini diketuai oleh Pengerusi UMNO Selangor, […]

» Read more
1 118 119 120 121 122 596