Tohmahan Usaha Penyatuan Ummah Adalah Mereka Yang Takut Bayang-Bayang – Tajudin

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Mereka yang melemparkan pelbagai tohmahan serta dakwaan tidak berasas berhubung Himpunan Penyatuan Ummah termasuklah yang akan diadakan di Pasir Salak esok adalah mereka yang takut dengan bayang-bayang. Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman berkata tuduhan dan pelbagai dakwaan berkenaan harus diketepikan kerana matlamat apa yang diusahakan itu adalah kesatuan umat seluruhnya yang […]

» Read more

Himpunan Penyatuan Ummah Untuk Semua, Jangan Ada Mana-Mana Pihak Rasa Terancam, Terpinggir

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Tiada mana-mana pihak yang sepatutnya berasa terancam atau terpinggir dengan Himpunan Penyatuan Ummah termasuklah yang akan diadakan di Pasir Salak pada esok, 30 Ogos, Jumaat ini. Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, himpunan seumpama ini adalah untuk kepentingan dan semestinya bakal memberi manfaat yang menyeluruh bukan sahaja kepada bangsa Melayu tetapi juga […]

» Read more

Rakyat Sengsara, Ekonomi Menurun Tapi PH Masih Berbelanja Mewah

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Dalam rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan (PH) terus dengan berbelanja dengan mewah untuk Pegawai Esekutif mereka, bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii. Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap persoalan yang dikemukakan oleh Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu, A. […]

» Read more

Jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Kes Perundangan, PH Perlu Tegakkan ‘Rule Of Law’ – Saarani

IPOH, 27 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Saarani Mohamed berharap tidak akan ada apa-apa campur tangan politik dalam kes-kes perundangan yang melibatkan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) dengan ‘Rule of Law’ ditegakkan. Katanya, biarpun pelantikan Peguam Negara, Tommy Thomas adalah contoh awal PH telah ingkar janji dalam manifesto dan dipertikaikan rakyat Malaysia, namun undang-undang perlu terus […]

» Read more

Sim Tze Tzin Terus Ditempelak Sebagai Rasis, Biadap… Sila Minta Maaf!

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Satu penghinaan di luar kewarasan manusia, bidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib. Dalam hantaran di Facebook, Khusairi menggesa Pemuda UMNO membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang wajar dikenakan ke atas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani kerajaan Pakatan Harapan (PH), Sim Tze Tzin. “Satu penghinaan di luar kewarasan manusia. Pemuda-pemuda Melayu […]

» Read more

Bukan Setakat Isu Dalaman PH, Isu Rakyat Pun MB Selangor Perlukan Cermin

SUBANG, 26 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah membidas Menteri Besar (MB) Selangor Amirudin Shari agar lebih baik menyelesaikan masalah negeri Selangor dan dalaman partinya dahulu sebelum mahu mempertikaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang jelas mengangkat isu masalah rakyat. Sudah pasti katanya, selain beliau jutaan rakyat mahukan Amirudin yang juga […]

» Read more

#HPU914: Sokongan Akar Umbi Berterusan, Semangat Penyatuan Ummah Makin Bersemarak

  KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Persefahaman yang telah ada sebelum ini membolehkan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS bukan sahaja berjalan lancar malah terus ditingkat dari semasa ke semasa dengan sambutan yang cukup membanggakan dari akar umbi. Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata langkah-langkah yang telah diambil sekian lama memudahkan lagi proses berkenaan malah menjelang […]

» Read more

Jangan Bertolak Ansur Dengan Pihak Ancam Keharmonian Negara

PONTIAN 24 Ogos – Keselamatan rakyat menjadi tanggungjawab kerajaan dengan memastikan tiada pihak cuba menimbulkan ketegangan antara kaum termasuk dalam kalangan pemimpin. Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan menegaskan tiada pihak terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya ucapan atau kenyataan yang dibangkitkan menimbukan keresahan orang ramai. Ttanpa merujuk kepada pihak-pihak tertentu, beliau berkata, sewajarnya semua pihak dapat memahami dan […]

» Read more

Mesyuarat Bersama

KUALA LUMPUR 21 Ogos–Bergambar Bersama ….Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan bergambar bersama selepas Mesyuarat Exco Puteri UMNO Malaysia bersama-sama Ameerah PAS Pusat bagi membincangkan tentang hari bersejarah iaitu Himpunan Ummah dan Majlis Menandatangani Piagam Kerjasama UMNO & PAS di PWTC pada 13&14 September 2019 nanti.

» Read more

Kadir Jasin Bertindak Seperti ‘King Slayer’, Kekebalannya Dari Menghasut Bagaimana Pula?

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan Ahli Pimpinan Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seolah-olah seperti ‘King Slayer’ di mana kebenciannya terhadap Institusi Raja tidak dapat diselindung. Bidasnya, ini dapat dilihat kepada penulisan serta ungkapan yang keluar dari mulut penulis blog itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menabur kebencian terhadap […]

» Read more
1 497 498 499 500 501 530